Saturday, 23 May 2020

#SungaiNibong Bangla Putus Kaki Jatuh Dalam Paip Kumbahan

Mengerikan! Malang nasib lelaki Bangladesh yang terjatuh dalam paip kumbahan yang sedang dalam pembinaan di Sungai Nibong, Georgetown pada petang Khamis.

Sinar Harian melaporkan, kejadian itu menyebabkan mangsa berusia 20-an terbabit putus kaki kiri.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang melakukan kerja membaiki lubang kumbahan berkenaan sebelum dia tergelincir dan kakinya tersangkut dalam lubang paip.

Menurut Pegawai Bomba Kanan 2, Zaiful Arif Md Ariffin, sebaik anggota bersama jentera tiba di lokasi, mereka mendapati kaki mangsa sudah dikeluarkan orang awam sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Bomba bertindak mengeluarkan bahagian kaki mangsa yang tersepit di dalam lubang berkenaan menggunakan mesin khas," katanya.


Mangsa dilaporkan kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang








No comments:

Post a comment