Saturday, 23 May 2020

Tiga lelaki berbasikal rentas negeri didenda RM1000

Larangan merentas negeri tidak hanya terpakai kepada kereta dan motosikal malah aktiviti riadah berbasikal.

Penguatkuasaan itu terbukti apabila tiga pemuda disaman polis selepas berkayuh lebih 54 kilometer dari Ampang, Selangor ke Jelebu, Negeri Sembilan.

Kayuhan yang mengambil masa satu jam 13 minit membuatkan mereka ditahan pihak berkuasa yang seterusnya disaman RM1,000.

Warga maya mendakwa jalan dilalui tiga pemuda berkenaan adalah laluan biasa kumpulan berbasikal pada setiap hujung minggu.



Mereka juga berpandangan denda RM1,000 yang dikenakan tidak setimpal dengan harga basikal yang mencecah puluhan ribu ringgit.


No comments:

Post a comment