Sunday, 31 May 2020

Waktu Operasi ATM Kembali Seperti Biasa Bermula Esok, Sama Seperti Sebelum PKP- Ismail Sabri


Putrajaya, 31 Mei – Orang ramai boleh menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM)mengikut waktu operasi biasa bermula esok.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, waktu operasi ATM akan kembali seperti sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kerajaan telah memutuskan bahawa operasi bank beroperasi seperti biasa. Walaubagaimanapun kita mendapati bahawa ATM masih lagi dibuka hingga jam 8 malam walaupun kita telah membenarkan bank beroperasi seperti biasa.

“Oleh itu kerajaan memutuskan bahawa mesin ATM yang dulu beroperasi 8 pagi hingga 8 malam boleh beroperasi seperti biasa, seperti waktu sebelum PKP diperkenalkan,” katanya.

Katanya, waktu operasi tertakluk kepada waktu pihak bank.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar menjaga penjarakan sosial 1 meter seperti ditetapkan ketika beratur dan mengambil wang di ATM.

Kredit Teks Siakap Keli

No comments:

Post a comment