Tuesday, 30 June 2020

Jual Air Wuduk 'Ori' Online

Hari ini, semakin ramai orang memilih untuk berbelanja secara dalam talian sahaja kerana hampir semua barangan termasuk keperluan harian boleh didapati di pelbagai platform jual beli online.

Terkini, tular di Indonesia apabila air wuduk dijual dalam talian pada harga sekitar Rp13,250 (RM4).


Perkara itu didedahkan seorang warganet di Twitter yang memuat naik tangkap layar produk berkenaan di sebuah platform jual beli online.

Penjual terbabit mendakwa air berkenaan mampu mencerahkan wajah selain mengurangkan penuaan.

"Produk yang kami jual 100% asli. Jika palsu, wang akan dikembalikan," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian pelayar Twitter lain yang mengecam penjualan 'tidak masuk akal' itu.



"Bagaimana nak tahu ia palsu atau tidak?

"Oh, inikah produk penjagaan kulit wanita yang dikatakan air wuduk?" antara komen mereka. - CARI

No comments:

Post a comment