rubiconproject.com, 9655, RESELLER, 0bfd66d529a55807)

Thursday, 4 June 2020

#kulim Suami isteri direman bunuh anak tiga tahun

Cubaaan menipu pasangan suami isteri mendakwa kematian anak lelaki berusia tiga tahun terjatuh dari katil tidak berhasil apabila kedua-duanya ditangkap semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari, hasil bedah siasat mendapati mangsa cedera di belakang dan tepi kepala, lebam pada belakang telinga, belakang badan, mulut, bibir dan dahi.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati kecederaan yang dialami di kepala mangsa dipercayai hasil hentakan objek tumpul.

Katanya, kesan kecederaan pada bahagian kepala mangsa tidak sepadan dengan kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.

Terdahulu, satu laporan polis dibuat bapa mangsa di Balai Polis Padang Serai pada 1 Jun mengatakan mangsa terjatuh dari katil.



Berdasarkan laporan itu, semasa di rumah, lebih kurang pukul 6.40 pagi, ketika bangun untuk menukar lampin suspek mendapati anaknya tidak sedarkan diri.

Mohd Yusuf berkata, tangkapan telah dilakukan ke atas ibu tiri dan bapa kandung kanak-kanak itu berusia 34 dan 35 tahun.

Pasangan terbabit direman bermula hari ini sehingga 9 Jun untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment