Monday, 29 June 2020

PKR pecat 5 pemimpin, termasuk ADUN Seberang Jaya & Sungai Acheh

PKR hari ini memecat lima pemimpinnya membabitkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua ketua wanita negeri.

Mereka yang dipecat ialah Ketua Wanita, Haniza Mohamed Talha dan dua ADUN Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin (Permatang Pauh) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh).

Dua ketua wanita negeri yang dilucut keanggotaan ialah Rahimah Majid (Sabah) dan Nur Zarina Zakaria (Pulau Pinang).

Sementara itu, seorang ahli, Ahmad Raj Abdullah digantung keahlian kerana menyerang Naib Presiden, Tian Chua pada 1 Mac lalu manakala tiga lagi pemimpin termasuk Tian Chua diberi amaran oleh parti.

Dua lagi pemimpin yang diberi amaran ialah Pengarah Komunikasi Wanita PKR Pulau Pinang, Carolyn Kor dan ADUN Machap Jaya, Ginie Lim.



Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kassim dalam kenyataan media berkata, keputusan itu dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dalam mesyuarat semalam selepas menerima syor daripada lembaga itu.

Haniza yang juga ADUN Lembah Jaya dan Dr Afif yang kini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) digantung keahlian oleh parti itu pada Mei lalu.

SUMBER

No comments:

Post a comment