Sunday, 28 June 2020

Warga Asing dijel 10 bulan kerana melakukan kelucahan melampau dengan tunjuk anu!

Lelaki Myanmar dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini, atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita.

Majistret Nordiana Abd Aziz membuat keputusan itu selepas tertuduh, Rafi Alam Mohd Alam, 30, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau iaitu menunjukkan kemaluan kepada mangsa berusia 44 tahun di sebuah kedai makan di Kampung Pak Katak, jam 9.45 pagi pada 26 September 2019.


Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa berada di kedai makan sebelum tertuduh datang untuk minum.

Sebaik selesai minum, tertuduh tiba-tiba membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.

Mangsa melarikan diri ke dalam rumah untuk meminta tolong dan tertuduh sekali lagi datang ke kedai sama pada jam 1.40 tengah hari pada hari sama.

Mangsa kemudian meminta tolong anak saudaranya untuk menangkap tertuduh sebelum satu laporan dibuat di Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut.

Harian Metro

No comments:

Post a comment