Wednesday, 22 July 2020

#Damansara Janin cukup sifat dibuang dalam loji kumbahan sampah

Satu janin bayi ditemukan maut dipercayai dibuang di Loji Kumbahan Indah Water, Sri Damansara, pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan yang bekerja di loji kumbahan berkenaan, pada 2.20 petang.

"Berdasarkan keterangan pengadu, janin itu ditemukan ketika pekerja melakukan pembersihan 'Inlet Screen' di loji kumbahan sampah itu dan ternampak satu objek seakan janin bayi yang cukup sifat.

"Anggota polis Ibu Pejabat Petaling Jaya kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk tujuan pengesahan dan janin bayi itu di bawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian serta usianya," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.


Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit.

"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama tempoh dua tahun atau denda atau keduanya sekali.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Vanitha BalaKrishnan di talian 017-2229832," ujarnya.


AWANI

No comments:

Post a comment