Wednesday, 22 July 2020

Hari Raya Aidiladha ditetapkan 31 Julai

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada Jumaat (31 Julai), demikian pengumuman Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman, malam ini.


"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1441 Hijrah ialah pada 22 Julai 2020 Masihi.


"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 31 Julai 2020," katanya menerusi pengumuman yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). - Bernama

No comments:

Post a comment