Wednesday, 23 September 2020

11 MP Amanah sokong Anwar Ibrahim tubuh kerajaan baru - Mat Sabu

 

Presiden Amanah Mohamad Sabu mengesahkan bahawa kesemua 11 Ahli Parlimen dari parti itu menyokong langkah Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dalam membentuk kerajaan baru.

Menurut laporan Malaysia Kini, kenyataannya itu dibuat selepas Anwar membuat pengumumannya itu sebentar tadi bahawa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.


“Kami mengambil maklum pengumuman yang di buat oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengerusi Pakatan Harapan, dan Ahli Parlimen P132 Port Dickson yang hari ini telah memperolehi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.



“Seperti yang telah diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini, Parti Amanah mengesahkan bahawa semua 11 orang ahli parlimen Parti Amanah Negara menyokong sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Anwar sebagai pengerusi Pakatan Harapan dan memberikan kepercayaan kepada beliau untuk membentuk kerajaan baru,” katanya dalam kenyataan hari ini.



No comments:

Post a comment