Wednesday, 23 September 2020

Anwar Ibrahim dakwa miliki majoriti bentuk kerajaan


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau sudah mendapat majoriti kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut berapa kerusi diperolehnya.

"Ya, kami sudah ada majoriti kukuh dan meyakinkan," katanya pada sidang media khas di sini, sebentar tadi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, beliau seterusnya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.


Beliau berkata, sokongan itu terdiri daripada pelbagai parti, namun tidak mendedahkan secara terperinci mengenainya.

No comments:

Post a comment