Friday, 11 September 2020

Sandra Dianne meninggal dunia

 


Penyanyi Sandra Dianne yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya, awal pagi tadi.

Sandra, 26, dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 1.20 pagi, lapor Berita Harian Online.


Rata-rata rakan artis dan peminat meluahkan rasa terkejut dengan pemergian Sandra sambil mendoakan roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan beriman.

Sabtu lalu, Sandra terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi mengikuti latihan konsert Big Stage 2020.


No comments:

Post a comment