Thursday, 1 October 2020

Wanita baru habis pantang positif dadah

Wanita kematian anak antara yang ditahan dalam serbuan semalam.


SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang baru habis tempoh berpantang ditahan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda akibat positif dadah.

 

Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah dekat Taman Keladi di sini semalam.

 

Menurutnya, ibu kepada tiga anak berusia antara lima hingga 10 tahun itu turut kehilangan bayinya yang meninggal dunia ketika berusia 17 hari.

 

"Kita kesan suaminya juga pernah terlibat dalam penagihan dadah dan baru dibebaskan dari penjara.

 

"Dia tinggal bersama suami dan kakak iparnya di rumah yang sama," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.


-SINARHARIAN

 

 

 

 

  

No comments:

Post a comment