rubiconproject.com, 9655, RESELLER, 0bfd66d529a55807)

Tuesday, 10 November 2020

ADUN DAP, Young Syefura mohon maaf langgar SOP PKPB

 



Adun Ketari, Young Syefura Othman memohon maaf kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan di negeri Selangor.

Ia berikutan beliau baru-baru ini memaparkan gambar di media sosial sedang berkelah bersama rakan-rakannya di Avani Sepang Goldcoast Resort, yang terletak di Sungai Pelek, Selangor.

Mengakui kesalahan tersebut, Young Syefura yang turut dikenali sebagai Rara berkata meskipun dirinya Adun di Pahang tetapi dia bermastautin di Selangor.

“Saya memohon maaf jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19. Saya tidak menggunakan sebarang kelebihan sebagai seorg wakil rakyat untuk bergerak di dalam Selangor, negeri saya bermastautin.

“Saya rela disiasat oleh pihak berkuasa jika tindakan saya melanggar sebarang SOP Covid-19,” katanya di Twitter dan Instagram, hari ini.

Difahamkan gambar itu diambil semalam tetapi dimuat naik di Instagram pada hari ini, tetapi posting gambar berkenaan telah dipadam.


 Walau bagaimanapun, netizen tetap mengecam tindakan Rara dengan menggesa ADUN DAP itu meletak jawatan kerana tidak menjaga sensitiviti masyarakat.

Selangor antara negeri yang sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana perjalanan antara negeri dan antara daerah dilarang kecuali untuk tujuan kerja dan kecemasan.

Berkelah juga dilarang secara tegas berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Nasional (MKN), bersama dengan aktiviti pelancongan yang melibatkan perjalanan masuk dan keluar dari kawasan PKPB. -UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment