Monday, 16 November 2020

KWSP i-SINAR Membolehkan 2 Juta Ahli Terkesan Mengakses Akaun 1


Platform i-Sinar dibawah Akaun 1 kini dibolehkan mengakses pengeluaran maksimum antara RM4,000 hingga RM 10,000 untuk bayaran pendahuluan pertama. Kemudahan i-Sinar ini memfokuskan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.



 KWSP menjangkakan sekitar RM14 bilion bakal dimanfaatkan pada pengeluaran tersebut. Secara umumnya, ahli yang layak mengakses 10% pengeluaran ini tertakluk kepada baki minimum RM100:


Untuk makluman, sekiranya pengguna mengambil insentif i-Sinar ini perlu menggantikannya semula – bermakna kemasukan caruman akan disalurkan 100% kepada Akaun 1. Langkah ini bagi mengantikan pengambilan amaun yang dilakukan.


Sehingga kadar tersebut telah berjaya digantikan – pecahan caruman akan dilakukan seperti biasa iaitu 70% pada Akaun 1 dan 30% pada Akaun 2.


Bagi sebarang maklumat lanjut berhubung perincian akan dimaklumkan pada masa hadapan. KWSP mengatakan ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020 kelak. Rggt

No comments:

Post a comment