Friday, 20 November 2020

Perjalanan rentas negeri antara zon hijau dibenarkan mulai Ahad ini- Ismail Sabri




KUALA LUMPUR: Bagi merancakkan semula pelancongan domestik, kerajaan hari ini bersetuju membenarkan perjalanan rentas daerah dan negeri, membabitkan negeri-negeri zon hijau mulai Ahad ini.

 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pergerakan rentas daerah dan negeri membabitkan negeri-negeri hijau itu, dibenarkan tanpa perlu mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

“Pergerakan rentas daerah/negeri dari negeri hijau ke daerah hijau di negeri merah, juga dibenarkan tetapi perlu mendapat kebenaran pihak PDRM,” katanya pada sidang media perkembangan PKPB dan PKP Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

 

Jelasnya, kelonggaran gelembung perjalanan domestik itu akan menggunakan aplikasi My Sejahtera, bagi menentukan seseorang itu datang dari zon hijau dan Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) secara terperinci dalam masa terdekat.

 

-- BERNAMA


No comments:

Post a comment