Saturday, 7 November 2020

#TanjungBungah 30 gerai di medan selera musnah terbakar

 

Kira-kira 30 gerai makanan di Medan Selera Mutiara Jalan Sungai Kerian, Jalan Tanjung Bungah, di sini, terbakar jam 10.19 pagi tadi yang menyebabkan 70 peratus kemusnahan.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), berkata kerja memadamkan kebakaran dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal, BBP, Jalan Perak dan BBP Bayan Baru.



"Ketika tiba di lokasi, didapati api marak dengan cepat dan memusnahkan kira-kira 30 gerai di situ.




"Struktur bumbung yang dibina menggunakan kayu juga menyebabkan api marak dengan cepat dan hanya berjaya dikawal kira-kira 30 minit kemudian," katanya lagi.


Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat- BH 


No comments:

Post a comment