Tuesday, 17 November 2020

Tebu Pahit Sebungkuih 5 Ringgit

 


Polis menahan seorang pemandu lori selepas menemukan 980 bungkusan air ketum yang dianggarkan bernilai RM12,315 di Jalan Sungai Pinang, di sini, semalam. 

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL) pada 2.30 pagi. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, ketika ditahan, lelaki berkenaan sedang dalam perjalanan bagi menghantar bekalan air ketum di sekitar daerah berkenaan yang dijual pada harga RM5 sebungkus. 

"Penahanan pemandu lori itu membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas dipercayai menjadi lokasi memasak air ketum. 

"Pemeriksaan di rumah persendirian itu menemukan 144 bungkusan plastik berwarna hitam yang berisi daun ketum yang dianggarkan seberat 741.5 kilogram dengan peralatan memasak daun ketum. 

"Kegiatan itu dipercayai sudah bermula sejak tiga bulan lalu dan air ketum dipercayai bagi dipasarkan di sekitar kawasan daerah Timur Laut," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. 

Kredit Harian Metro

No comments:

Post a comment