Wednesday, 2 December 2020

#BukitMertajam Bau busuk dari rumah teres bongkar kematian lelaki

 

Bau busuk dari sebuah rumah teres di Taman Impian, Bukit Mertajam di sini yang disedari malam tadi membongkar kematian seorang lelaki sejak beberapa hari lalu.


Difahamkan kejadian itu disedari jirannya yang menghidu bau busuk dari rumah mangsa berusia 40-an yang dipercayai tinggal sendirian sebelum menghubungi polis kira kira pukul 11.20 malam.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya turut dihubungi selepas polis mendapati pintu rumah berkunci.


“Dengan menggunakan peralatan khas, bomba membuka pintu rumah dan menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.


“Mayat diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pukul 12.19 tengah malam,” katanya.


Operasi berkenaan digerakkan oleh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam. – K! ONLINE

No comments:

Post a comment