Thursday, 3 December 2020

Kakitangan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) positif #covid19

 


Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengesahkan seorang kakitangannya positif wabak Covid-19 selepas dimasukkan ke hospital kelmarin.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, bagaimanapun pegawai tersebut hanya disahkan positif pada semalam.

Menurutnya, kakitangannya itu hanya hadir sekali ke pejabat di Menara Bandaraya di Bukit Mertajam untuk bertugas pada 25 November lalu sebelum dimasukkan ke hospital enam hari kemudian.

"Sebagai langkah pencegahan, pihak pengurusan telah mengenal pasti semua kakitangan dan pegawai lain yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan berkenaan. Selain itu, mereka telah diarah bekerja dari rumah.

"Beberapa jabatan di Menara MBSP dan Jabatan Landskap Kampung Jawa telah ditutup sepenuhnya untuk kerja-kerja sanitasi secara menyeluruh," katanya dalam satu kenyataan media tadi.

Beliau berkata, walaupun salah seorang kakitangannya disahkan positif, operasi MBSP di kaunter berpusat masih berjalan seperti biasa.

"Orang awam tidak perlu risau kerana operasi MBSP di kaunter berpusat masih berjalan seperti biasa.

"Bagaimanapun, mereka lebih digalakkan untuk membuat pembayaran atau mendapatkan lain-lain perkhidmatan MBSP secara dalam talian," katanya.

Katanya, penduduk Seberang Perai juga dinasihatkan tidak panik kerana keadaan terkawal dan berada dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. SINAR HARIAN


KENYATAAN MEDIA PEMAKLUMAN KES COVID-19 DI MBSP

3 DISEMBER 2020






No comments:

Post a comment