Thursday, 3 December 2020

MB Kedah tersilap umum sumber mineral RM43 trilion


Tersilap ketika mengumumkan penemuan sumber mineral di Sik, Kedah yang bernilai RM43 trilion, menteri besar Muhammad Sanusi Md Noor mengakui angka itu bukanlah jumlah sebenar.

Muhammad Sanusi di Facebook membuat pembetulan angka dengan menganggarkan deposit sumber mineral baru ‘Rare Earth Mineral’ (REE) di Kedah bernilai RM62 bilion.Sementara anggaran deposit mineral seluruh negara bernilai RM742.7 bilion.


“RM43 trilion adalah anggaran untuk semua mineral yang tersimpan di bawah tanah seluruh negara,” catatnya di Facebook semalam.Mohammad Sanusi semalam dalam sidang media berkata kerajaan negeri meluluskan permit untuk meneroka mineral di sebuah kawasan di Sik, Kedah.


“Kita telah meluluskan permit teroka kepada satu mineral baru di Kedah dan mineral ini Allah Taala anugerahkan, tidak kepada semua negeri, ada sedikit di Perak, ada banyak di Kedah dan mineral ini mengikut kajian bernilai RM43 trilion tersimpan di bawah bumi kita,” katanya.



“Kita telah meluluskan usaha sama sebuah syarikat berpengkalan di Kuala Lumpur untuk melakukan penerokaan yang diluluskan di sebuah kawasan di Sik, Kedah.

“Berkat orang Sik baik-baik, Allah timbulkan mineral ini di daerah Sik,” tambahnya.Angka besar yang diumumkan Muhammad Sanusi mengejutkan orang ramai, di media sosial warga maya menjadikannya sebagai bahan sindiran.

Ada yang membayangkan Kedah bakal menjadi negara maju dan mempunyai bandar futuristik pada 2030.Tanda pagar #WakedahForever juga trending seketika semalam, dengan menyamakan Kedah seperti negara Wakanda dalam filem Hollywood, Black Panther. PROJEK MM


No comments:

Post a comment