Monday, 11 January 2021

Bot laju mengantikan feri menyusahkan penumpang pejalan kaki - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

 


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berpendapat pelaksanaan sistem pengangkutan bot laju di Pulau Pinang dilakukan tanpa menimbangkan pelbagai faktor penting yang akan menyusahkan  penumpang  pejalan kaki.

Paling membimbangkan ketiadaan langkah-langkah penjarakan sosial diambil bagi keseluruhan proses perjalanan, dari bot laju ke bas shuttle yang diatur untuk mengangkut penumpang ke stesen bas di Weld Quay. 

Perkara ini memeranjatkan dan tidak dapat diterima sama sekali berikutan peningkatan besar kes Covid-19 dalam komuniti yang negara  sedang alami di tengah kemelut jangkitan Gelombang Ketiga yang lebih berbahaya.

Di dalam bot laju, penumpang harus duduk sebelah menyebelah atau berdekatan antara satu sama lain dalam ruang yang tertutup dan berhawa dingin. Dalam persekitaran sebegini, perebakan penyakit bawaan udara, termasuklah Covid-19, akan menjadi lebih tinggi berbanding feri lama yang terbuka dengan pengudaraan yang baik. 




Malah feri lama mengambil langkah-langkah penjarakan sosial (tempat duduk dan lantai yang bertanda untuk mengelak kontak rapat ketika duduk dan beratur), langkah penting yang tidak dilaksanakan di dalam bot laju.

Bot laju juga tidak mempunyai SOP penjarakan sosial apabila penumpang bot laju kemudian harus beratur dan menaiki bas shuttle yang telah diatur untuk membawa mereka ke stesen bas Weld Quay.

Bas shuttle sentiasa padat dengan penumpang, yang perlu menunggu di dalam bas  sebelum bas bergerak kerana ia mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan. 

Ini menambah risiko jangkitan kepada penumpang.

Bot laju juga menyulitkan penumpang yang berbadan besar kerana semua tempat duduk cuma berukuran 40 cm lebar. 

Selain itu, pelbagai halangan di sepanjang jalan dan terpaksa berjalan jauh untuk sampai ke tempat masuk atau keluar dari terminal selepas turun dari bot laju, menambah masalah sedia ada. 

SUMBER

No comments:

Post a comment