Wednesday, 6 January 2021

Terjun jejantas sebelum dirempuh kenderaan..

 


SEBERANG PERAI – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tragis apabila beberapa bahagian badan hancur dan usus terburai selepas terjatuh dari jejantas dan dilanggar kenderaan di Jalan Jelawat, Seberang Jaya di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa yang tidak dikenal pasti identiti itu maut di tempat kejadian sebelum mayatnya dijumpai orang awam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, siasatan mendapati mangsa yang dianggarkan berusia 40-an itu dipercayai membunuh diri.

“Si mati dipercayai terjun dari jejantas dan dilanggar oleh kenderaan tidak pasti.

“Dia dipercayai membunuh diri berdasarkan sepasang selipar yang dijumpai di atas jejantas selari dengan tempat si mati jatuh,” katanya kepada pemberita hari ini.

Shafee berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami pelbagai kecederaan pada badan.

“Bedah siasat di Hospital Seberang Jaya mendapati muka dan tempurung kepalanya hancur selain sebahagian usus terkeluar.

“Si mati juga patah lengan kiri dan paha kanan, manakala dia disahkan mati kerana pelbagai kecederaan akibat terjatuh dari tempat tinggi dan dilanggar kenderaan,” katanya.

Sementara itu, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai membersihkan kesan darah di atas jalan di lokasi kejadian. 

Kredit– K! ONLINEO

leh MOHD SYALMIZI HAMID


No comments:

Post a comment