Wednesday, 31 March 2021

Henti kecam Prebet Adam, cukup kami diaib selama 33 tahun – Hawa

Kredit Malaysian Gazette

By Malinda Abdul Malik - 31 March 2021

GEORGE TOWN – “Berhentilah kecam dan aib abang serta keluarga kami. Kali ini kami akan ambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang mengambil kesempatan mengaitkan nama Prebet Adam.

Itu amaran daripada adik arwah Prebet Adam, 57, yang dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru di Hospital Pulau Pinang semalam.

Hawa Jaafar, 56, berkata, sudah banyak aib serta fitnah mengaitkan abang sulungnya itu digemparkan oleh pihak tertentu atas kepentingan sendiri tanpa memikirkan akibat yang ditanggung keluarga.

Jelas anak kedua daripada lapan beradik itu, kematian abangnya terpaksa disembunyikan daripada pengetahuan umum sehingga selesai upacara pengebumian susulan bimbang menjadi bahan kecaman netizen serta ‘dipergunakan’ atas kepentingan individu tertentu.

“Saya tak mau ulas apa yang berlaku sebelum ini. Cukuplah 33 tahun kami sekeluarga menanggung fitnah dan kini Prebet Adam pun sudah tiada, saya harap cerita berkaitan arwah dihentikan.

“Hanya keluarga saja tahu hal sebenar berkaitan arwah abang dan jangan percaya cakap siapa pun, selain adik-beradik kandungnya.

3 comments:

  1. bagus laa dah pakai blogspot.. kat fb dia control paparan news kita. jadikan fb tempat nak promote jaa

    ReplyDelete
  2. لَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

    إنا لله وإنا إليراجعون ...

    اللهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهَا، وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهَا وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهَا، وَأَدْخِلْهَا الْجَنَّةَ وَأَعِذْهَا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ.

    تعزيه بوات *دين وهب* سكلوءرڬ۔

    ReplyDelete
  3. لَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ