Friday, 19 March 2021

#KepalaBatas Lelaki mengaku tidak bersalah cabul jururawat di wad #covid19

 


Seorang peniaga kedai runcit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang jururawat pada minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Ridi, 55, membuat pengakuan itu seleps pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret M. Kalaiarasi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang jururawat wanita berusia 24 tahun di wad Covid-19, Wad 3B, Hospital Kepala Batas di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 11.30 pagi pada 8 Mac lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman itu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asma’ ‘Amira Shahidani, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Izad Buqhary Mohd. Kamri.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,800 dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula pada 21 April depan. – K! ONLINE

2 comments:

  1. tak tahan beno tu..nurse comel2. apapun kena hukum la kamusbb hilang akal.

    ReplyDelete
  2. tak tahan beno tu..nurse comel2. apapun kena hukum la kamusbb hilang akal.

    ReplyDelete