Wednesday, 24 March 2021

Tular! Selamba buang sampah di parkir kereta


 Tular  satu klip video memaparkan tindakan seorang lelaki yang selamba membuang sampah yang banyak dari keretanya ke atas jalan raya. Perbuatan tersebut  amatlah dikesali dan ia tidak sepatutnya berlaku dan ianya merupakan tindakan yang tidak bertangungjawab.

Video berdurasi 3 minit 11 saat itu mula viral apabila dikongsi pelayar laman sosial Facebook dan mendapat pelbagai respon daripada orang ramai.Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita berkenaan dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai 'tiada kesedaran sivik'..

Tidak kurang juga yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai memalukan rakyat negeri Pulau Pinang, kerana kejadian ini dipercayai berlaku di Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown, Pulau Pinang.

Bagi pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang MBPP pula, mereka memandang serius dan tindakan yang tegas akan diambil ke atas mana-mana individu yang mengotorkan bandar raya Pulau Pinang.

Jika disabitkan kesalahan, Individu terbabit boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 47(1)(e) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 yang membawa hukuman denda sehingga RM500 boleh dikenakan kepada orang yang melakukan kesalahan. Sabitan kedua atau kali kemudian boleh didenda sehingga RM1,000.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang menyarankan orang ramai untuk menjadi mata telinga Majlis dan melaporkan kejadian sedemikian supaya bandar raya Pulau Pinang akan sentiasa bersih.


No comments:

Post a Comment