Tuesday, 6 April 2021

Ahli Politik minta maaf insiden isteri bertelanjang melintas ketika mesyuarat online

 



Seorang ahli politik memohon maaf selepas isterinya secara tiba-tiba melintas di belakang tanpa seurat benang ketika dia sedang mengadakan mesyuarat secara dalam talian (online).

Inkosi Xolile Ndevu, seorang pemimpin sebuah badan tradisional di Afrika Selatan ketika itu sedang berbicara mengenai kematian akibat virus Covid-19 di wilayah Cape Timur pada Selasa.

Namun tanpa disedari, isterinya melintas di belakang dalam keadaan telanjang.

Terkejut dengan 'pemandangan' tersebut, rakan-rakan sejawat yang turut mengikuti mesyuarat secara online itu kedengaran ketawa sebelum pengerusi, Faith Muthambi, segera mencelah.

"Inkosi, orang di belakang anda tidak mengenakan pakaian. Kami melihat semuanya.

"Tolong, Inkosi, adakah anda memberitahu mereka bahawa anda sedang dalam mesyuarat. Ia sangat mengganggu," kata pengerusi berkenaan.

Inkosi yang baharu menyedari perkara tersebut segera meminta maaf.

"Saya benar-benar minta maaf. Saya fokus pada kamera dan bukan di belakang saya. Saya sangat malu.

"Teknologi Zoom ini baru bagi kami dan kami tidak pernah dilatih," jelasnya mengenai insiden memalukan itu. 

Sumber: mStar/Dailystar

No comments:

Post a comment