Thursday, 15 April 2021

#Jawi Lelaki didakwa kemuka maklumat palsu dalam kad pengenalan


BERITA PENGUATKUASAAN: PADAH KEMUKAKAN MAKLUMAT TIDAK TERATUR DAN PALSU

15 April 2021 - Pasukan penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus bertindak dengan memastikan setiap pesalah yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 25(1)(b) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 mendapat hukuman yang setimpal.

Di Mahkamah Majistret 2 Jawi, Pulau Pinang hari ini seorang orang lelaki warganegara Malaysia telah didakwa kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 25(1)(b) Peraturan Pendaftaran Negara  1990. Dalam pertuduhan tersebut, tertuduh mengaku salah kerana mendapatkan kad pengenalan kali pertama 12 tahun dengan menggunakan Daftar kelahiran yang mengandungi maklumat yang tidak teratur dan palsu.

Berdasarkan fakta kes, hasil siasatan mendapati tertuduh telah mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan kad pengenalan kali pertama 12 tahun dan telah ditahan pada 15 April 2021 di Bahagian Kad Pengenalan JPN Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Tertuduh Khor Choong Wah (50 tahun) mengaku bersalah dan telah dijatuhkan hukuman denda RM2000 dan jika gagal membayar denda dikenakan penjara 4 minggu.

Sehubungan itu JPN menyeru orang ramai agar sentiasa memberikan kerjasama untuk membuat aduan terus kepada pihak berkuasa berkaitan isu penyelewengan yang dikesan supaya setiap kesalahan yang dilakukan dapat diambil tindakan penguatkuasaan dan dihadapkan ke mahkamah seterusnya dijatuhi hukuman yang setimpal agar menjadi teladan kepada masyarakat Malaysia amnya.


SUMBER

1 comment:

  1. Yg. kes PEMALSUAN nama DIKTATOR muhyiddin ni, apa hal pula, oi JPN/PDRM/JPN/PEGUAM NEGARA Bersatu Parasit NAZI oi - sampai PENGEDAR DADAH dr. SABAH boleh diBEBASkan oleh HAKIM akibat nama PALSU muhyiddin ni?!!

    Hampa ingat
    UNDG2 NEGARA mcm. SAMPAHkah & KEPALA2 BAPA hampa punya???!!

    Di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/04/07/nama-sendiri-di-palsukan-mp-orang-di-katak-kan-parlimen-rakyat-di-tutupkan-isteri-orang-kan-kan-kan/

    ReplyDelete