Sunday, 25 April 2021

Kru Nanggala 402 sempat nyanyi lagu Sampai Jumpa

 


KUALA LUMPUR – Insiden tragedi yang menimpa kru kapal selam KRI Nanggala 402 merupakan berita duka yang menimpa seluruh rakyat Indonesia.


Malah kepiluan jelas dirasai apabila tular pula sebuah video mempamerkan kru kapal selam tersebut berkumpul menyanyikan lagu berjudul Sampai Jumpa beramai-ramai.


Video tersebut dikongsi oleh pelantun lagu berkenaan, Erix Soekamti menerusi laman sosial Instagram miliknya.


Dalam video itu, kelihatan salah seorang kru sedang bermain gitar sementara rakan-rakan lain menyanyikan lagu tersebut sewaktu berada dalam kapal selam itu.



Lirik lagu Sampai Jumpa yang dinyanyikan mereka berbunyi:

“Datang akan pergi

Lewat ‘kan berlalu

Ada ‘kan tiada bertemu akan berpisah

Awal ‘kan berakhir

Terbit ‘kan tenggelam

Pasang akan surut bertemu akan berpisah

Hey, sampai jumpa di lain hari

Untuk kita bertemu lagi

Kurelakan dirimu pergi

Meskipun ku tak siap untuk merindu

Ku tak siap tanpa dirimu

Kuharap terbaik untukmu” 

Meneliti setiap bait lagu itu, ternyata ia seperti membawa maksud mendalam yang menimpa kru tersebut.

Ia seakan satu pesanan terakhir’ daripada setiap kru ingin disampaikan buat ahli keluarga, saudara mara serta insan tersayang yang menanti kepulangan mereka. – MalaysiaGazette

9 comments:

  1. Salam takziah buat kapal selam milik. Toni ali

    ReplyDelete
  2. Tiktok saja ada di otak mu 🙄

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. PEMNETULAN:

      SEDIHnya, nasib SAUDARA2 seBUMIPUTERA Indonesia kita ni!! Mmg. DAYUS rejim jokowi-pro US/NATO ni - yg. SALAHkan ALAM SEMULAJADI kononnya!!

      Disyaki SUBMARIN ni diSERANG oleh SUBMARIN2 NUKLEAR HARAM rejim2 PENGGANAS US/ISrael/NATO yg. berPENGKALAN secara RAHSIA di PENGKALAN GERGASI bawah LAUT amat RAHSIA depa di PULAU DIEGO GARCIA di LAUTAN HINDI (di mana, MH 370 kita juga disyaki diSABOTAJ utk. MENCULIK Saintis2 SENJATA PERANG IT terbaru dr. CHINA)!!

      Bahkan mungkin ANAK2 KAPAL Submarin Indonesia amat MALANG ni diCULIK ke sana - utk. MENDEDAHkan RAHSIA2 Ketenteraan Indonesia & kemudian diBUNUH @ dibuat bahan EKSPERIMEN2!!

      Atau SUBMARIN INDONESIA ni mungkin TERNAMPAK Submarin2 HARAM US/ISrael/NATO ni, yg. berLEGAR2 di bhg. paling LAUT DLM. di LAUT JAWA (& di keseluruhan 5 LAUTAN DUNIA) - sdg. menjalankan OPERASI2 RAHSIA di GUNUNG2 BERAPI Purba BAWAH LAUT DLM. yg. amat KAYA dgn. bahan2 NUKLEAR!!

      Delete