Saturday, 22 May 2021

Empat lelaki ditahan pesta dadah dengan janda di Bagan


Seorang wanita ditahan bersama empat lelaki di dalam sebuah bilik hotel di Butterworth semalam.

Oleh MOHD SYALMIZI HAMID

SEBERANG PERAI – Seorang janda dan empat lelaki yang sedang leka berpesta dadah di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Bagan Jermal, Butterworth di sini tergamam apabila diserbu polis pagi semalam.

Wanita berusia 27 tahun itu ditahan bersama lelaki berusia di antara 21 hingga 28 tahun berkenaan dalam operasi kira-kira pukul 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kesemua suspek yang berasal dari Teluk Air Tawar, Penaga dan Kepala Batas di sini telah mendaftar masuk di hotel itu sejak kelmarin.

“Pemeriksaan di dalam bilik hotel itu menemui tiga paket plastik lutsinar dipercayai dadah, manakala mereka didapati tiada pertalian darah.

“Siasatan awal mendapati keempat-empat lelaki itu positif syabu, manakala wanita yang bekerja kilang berkenaan negatif,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noorzainy berkata, kesemua suspek juga masing-masing dikompaun RM1,500 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, kesemua suspek dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPU bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

2 comments:

  1. Si BETINA PELACUR JALANG jijik! Hanya $1500 DENDA Covid-19 si BANGKAI2 ANJING ni berPESTA DADAH- sdgkan bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kita diDENDA sampai $4000 @ $5000 seorg berkumpul HARI RAYA di INAP DESA @ di RUMAH @ MERENTAS hanya DAERAH!!

    Dan adakah si PENAGIH2 DADAH & si BETINA JALANG ni ISLAM - maka JENAYAH SYARIAH juga patut dikenakan kalau depa ni ISLAM!!

    ReplyDelete
  2. Kalau maksiat masih begini macam mana Allah nak kabulkan doa kita supaya Covid19 hilang

    ReplyDelete