Sunday, 2 May 2021

#TanjungTokong Penyelia kilang maut jatuh dari tingkat 14 Kondominium



Seorang penyelia kilang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah apartmen di Jalan Tanjung Tokong di sini, awal pagi tadi.

Mayat lelaki berusia 26 tahun itu ditemui berhampiran kolam hiasan di tingkat lima bangunan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 1.38 pagi.

Katanya, terdahulu lelaki terbabit bersama lapan rakannya menyewa unit apartmen berkenaan selama sehari dan mendaftar masuk pada jam 4.30 petang semalam.

"Difahamkan, sebelum itu mereka mandi di kolam renang apartmen berkenaan sebelum masuk ke unit apartmen dan dipercayai minum minuman keras," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Soffian berkata, kira-kira jam 12.30 tengah malam, lelaki berkenaan keluar dari unit itu bagi mendapatkan rakannya yang merokok di koridor.

Dalam keadaan dipercayai mabuk dan tidak stabil, mangsa dikatakan memanjat dinding koridor dan melompat untuk ke kaki lima luar bangunan tingkat 14 itu.

"Mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh di tingkat lima dan hanya seorang rakan mangsa melihat kejadian itu manakala kenalan lain berada di dalam rumah.

"Siasatan di tempat kejadian tidak menemui unsur jenayah atau kecederaan meragukan.

"Mangsa berasal dari Simpang Ampat di sini, dan mempunyai satu rekod jenayah lampau, " katanya.

Lelaki itu disahkan meninggal meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi dan mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi urusan bedah siasat.

Setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).


Berita Harian

4 comments:

  1. ISLAM SUNGGUH DETAIL DENGAN MENGHARAMKAN ARAK....

    SUNGGUH BETUL ARAHAN ISLAM

    ReplyDelete
  2. Cuba jangan nak masuk bakul angkat sendiri.. Semua agama pun melarang.. Nak jadi sangat hero hindustan, mcm avengers mmg jatuh la dari tkt 14 tu..Tak igt dunia..

    ReplyDelete