rubiconproject.com, 9655, RESELLER, 0bfd66d529a55807)

Wednesday, 23 June 2021

#BalikPulau Bapa beri bayi minum keras direman lima hari


 Pemuda yang ditahan selepas dipercayai memberikan bayinya berusia lima bulan meminum arak di kediaman mereka di Teluk Bahang di sini ditahan reman selama lima hari sehingga 27 Jun ini.

Perintah reman ke atas suspek berusia 20 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Khalijah Mohd. Khalid di Mahkamah Majistret Balik Pulau kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi berkata, suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Semalam, polis menahan suspek selepas menerima laporan berhubung penyebaran video yang memaparkan tindakannya dipercayai memberikan bayinya berusia lima bulan meminum arak dari dalam tin.

Video berdurasi 30 saat itu tular di media sosial Facebook dan WhatsApp sejak kelmarin. – K! ONLINE

2 comments: