rubiconproject.com, 9655, RESELLER, 0bfd66d529a55807)

Saturday, 26 June 2021

Laman sosial KKM dihujani dengan perkataan #tutupkilang

 



‘Tutup Kilang’ menjadi perkataan pilihan orang ramai dalam meluahkan isi hati mereka di laman sosial Kementerian Kesihatan (KKM) sejak kelmarin.

Penggunaan perkataan tersebut digunakan rakyat negara ini apabila melihat kerajaan gagal untuk melandaikan jumlah jangkitan virus Covid-19 walaupun pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh sejak 1 Jun lalu.

Rata-rata mereka menyifatkan sekiranya kilang masih tidak ditutup, angka jangkitan pendemik Covid-19 tidak akan berkurangan malah jangkitan dijangka akan terus berlaku.


Sehingga artikel ini dimuat naik, mendapat lebih 20 Ribu komen dan hampir 10 Ribu perkongsian oleh netizen.

Tempoh PKP penuh sama ada akan beralih kepada fasa kedua atau tidak ia bergatung kepada kes harian baharu positif Covid-19.

Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan, jika kes baru tidak menunjukkan penurunan di bawah paras 4,000 kes bermakna PKP penuh masih kekal di fasa pertama.

Semalam dan hari ini, kes baru tidak menunjukkan penurun yang ketara di mana masih mencatatkan bilangan kes hampir 6,000 sehari iaitu 5,803 kes pada hari ini dan 5,812 kes pada semalam.

Bukan itu sahaja, tempat yang diwartakan sebagai kawasan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) juga masih lagi bertambah saban hari dan kebanyakannya berlaku adalah kerana kluster tempat kerja.

No comments:

Post a Comment