rubiconproject.com, 9655, RESELLER, 0bfd66d529a55807)

Tuesday, 22 June 2021

Lima buah feri akan dijadikan produk pelancongan


Kenyataan media Datuk Pengerusi SPPP Pulau Pinang, 22hb  Jun – 

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Datuk Tan Teik Cheng mengumumkan bahawa lima buah feri ikonik lama Pulau Pinang akan diserahkan kepada syarikat yang berkelayakan mulai 1hb Julai 2021. Syarikat-syarikat yang berkelayakan ini akan mengubahsuai feri-feri ikonik ini kepada sebuah muzium terapung, dua buah feri pelancongan dan dua buah restoran terapung.

Tan Teik Cheng berkata, SPPP telah membuka tender RFP dari 29 Januari hingga 18 Mac 2021. Banyak cadangan telah diterima pada 19 Mac 2021. Setelah dinilai oleh beberapa jawatankuasa SPPP, mesyuarat lembaga pengarah SPPP pada pertengahan bulan Jun telah meluluskan syarikat yang berkelayakan untuk mengubahsuai dan mengendali 5 feri ikonik. SPPP dan syarikat yang berjaya akan menandatangani kontrak untuk tempoh selama 10 tahun dengan tambahan 5 tahun lagi.

Beliau berkata, oleh kerana wabak Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan, SPPP juga menubuhkan satu pasukan khas untuk membantu syarikat-syarikat yang berkelayakan. Sekiranya PKP berjaya memasuki peringkat kedua, SPPP akan mengadakan majlis penyerahan di Feri Pulau Talang Talang pada 1hb Julai 2021. Upacara penyerahan akan diadakan dalam talian jika PKP tidak ditamatkan. Syarikat-syarikat yang berkelayakan diberi tempoh 3 hingga 6 bulan untuk memperbaiki dan mengubahsuai feri-feri ikonik ini sebelum beroperasi.

"Misi utama SPPP sekarang adalah memastikan lima buah feri ikonik ini terus muncul di perairan Pulau Pinang. Saya percaya  feri-feri ini akan menjadi produk pelancongan yang penting dan tempat percutian menarik di Pulau Pinang. Ini akan mendorong sektor pelancongan Pulau Pinang dan merangsang ekonomi Pulau Pinang. "

No comments:

Post a Comment