rubiconproject.com, 9655, RESELLER, 0bfd66d529a55807)

Wednesday, 23 June 2021

Lori tangki LPG terbakar di Perai, pemandu melecur tahap dua


Kredit Sumber Harian Metro

LORI yang membawa LPG terbakar di sebuah kilang di Perai. 

Butterworth: Lelaki melecur selepas lori tangki gas petroleum cecair (LPG) yang dipandunya terbakar di sebuah kilang di Perai, di sini, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.30 petang berhubung insiden itu.

"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai ke lokasi kejadian dengan dibantu BBP Bandar Perda, Sungai Bakap serta Bayan Bayu.

"Kebakaran membabitkan sebuah lori lima tan yang membawa muatan tangki LPG di kawasan terbuka di tempat mengisi gas.

"Terdapat seorang mangsa berusia 50 tahun melecur tahap dua dan dia diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menuruttya, kejadian itu berlaku ketika kerja-kerja pemindahan gas ke tangki lori dan puncanya masih dalam siasatan.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.50 petang sebelum api dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.42 petang.

"Operasi tamat pada jam 5.07 petang," katanya.

No comments:

Post a Comment