rubiconproject.com, 9655, RESELLER, 0bfd66d529a55807)

Saturday, 26 June 2021

Wanita warga emas ditemukan mati dalam kereta

 


Sumber Harian Metro

Zuhainy Zulkiffli

am@hmetro.com.my

WANITA warga emas ditemukan mati dalam kereta yang diparkir di rumahnya. FOTO ihsan pembaca

WANITA warga emas ditemukan mati dalam kereta yang diparkir di rumahnya. FOTO ihsan pembaca

Bayan Lepas: Wanita warga emas ditemukan mati dalam keretanya di Solok Kampung Jawa, Bayan Baru, di sini, hari ini.

Mayat wanita berusia 76 tahun itu ditemui dalam Perodua Axia yang diparkir di halaman rumahnya pada jam 11.25 pagi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kehilangan wanita itu disedari adiknya selepas dia tidak dapat menghubungi mangsa sejak tiga hari lalu.

Katanya, sepasukan polis bergegas ke lokasi sejurus menerima laporan.

"Ketika tiba di lokasi, didapati mangsa berada dalam kereta dengan pintu berkunci.

"Polis mendapatkan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Bayan Baru (BBP) bagi mengeluarkan mayat," katanya di sini, hari ini.

Kamarul Rizal berkata, pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kematian wanita itu.

"Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tujuan bedah siasat.

"Hasil pemeriksaan polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), " katanya.

No comments:

Post a Comment