rubiconproject.com, 9655, RESELLER, 0bfd66d529a55807)

Friday, 23 July 2021

25 Warga Bangladesh didenda RM125,000 langgar SOP, berhimpun pada hari Raya Aidiladha

 

Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM125,000 terhadap 25 lelaki warga Bangladesh selepas didapati bersalah melanggar prosedur standard operasi (SOP) dengan berkumpul pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

Setiap seorang warga Bangladesh itu didenda RM5,000 selepas kesemua mereka mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Norsalha Datuk Hamzah. 

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka yang berusia lingkungan 23 hingga 41 tahun itu didakwa berhimpun bersama orang lain bagi maksud sosial di dalam sebuah rumah di Taman Desa Mutiara di Batu Maung pada pukul 9 malam pada Selasa lalu.


Kesalahan itu didakwa mengikut Peraturan 10(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) P.U (A) 293/2021.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Hakim menjatuhkan hukuman denda RM5,000 terhadap setiap tertuduh dan sekiranya gagal membayar denda, mereka akan penjara selama dua bulan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rais Imran Hamid.

Manakala 21 tertuduh diwakili peguam menerusi majikan mereka, Muhammad Arif Shaharuddin.  – MalaysiaGazette

4 comments:

  1. Replies
    1. Yg.diGARI mcm. PENJENAYAH2 & diDENDA sampai $5000 ke atas umat ISLAM kita ni yg. hanya langgaq SOP Aidil Adha, apahal - sdgkan si KAFIR2 kat KELAB2 MALAM/ARAK & KILANG2 - TAK pula dilayan mcm. HAIWAN mcm. ni kalau langgaq SOP Covid-19, PDRM oi??!!

      GERAM betul di atas DISKRIMINASI & layanan KEJAM ke atas UMAT ISLAM kita ni - bawah UNDG2 HUTAN rejim PEROMPAK/PEMBUNUH HOMO Zionis NAZI Bersatu ni!!





      Delete
    2. Lihat DENDA amat RINGAN berterusan pd. bangsa BUKAN Islam/Melayu di KELAB KARAOKE HARAM ni oleh - POLIS & MAJLIS PERBANDARAN sewel!!

      Hanya $2000 DENDA Covid-19 ke atas PEMILIK Kelab KARAOKE HARAM ni & $1,500 DENDA utk. PENGUNJUNG2nya!!

      UNDG2 HUTAN amat RASIS & FASIS betul pd. ISLAM/UMATnya - bawah rejim BERSATU Nazi ni!!

      Di - https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/704275/37-individu-dikompaun-ingkar-sop

      Delete
  2. Why you (YIP KUM FOOK or cheating people wife at Kepong) do people cheat on people they love? Because they want to be accepted, respected, loved, wanted, or praised (the things they likely feel they aren't getting in their current relationship). The reasons vary from person-to-person, but they're all about a need the person is trying to get met.
    From: Mr Lee

    ReplyDelete