rubiconproject.com, 9655, RESELLER, 0bfd66d529a55807)

Tuesday, 20 July 2021

Polis Pulau Pinang mohon maaf


Sumber Berita harian

BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang memohon maaf atas kegagalan pasukan itu mengesan perbuatan lebih 200 warga asing berkumpul secara beramai-ramai sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha di luar perkarangan Surau Taman Pelangi dekat Juru, pagi tadi.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan awal mendapati perbuatan itu berlaku secara spontan, selepas kesemua mereka tidak dibenarkan bersolat di dalam surau memandangkan jumlah jemaah dihadkan hanya kepada 100 orang.

Beliau berkata, sebelum kejadian pagi polis sudah melakukan rondaan awal di kawasan berkenaan, namun pengurusan surau didapati mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

"Ada kemungkinan mereka (warga asing) berhimpun selepas rondaan selesai dan ketika polis menjalankan pemeriksaan terhadap surau dan masjid lain. Polis mohon maaf atas kegagalan mengesan perkara ini dengan lebih awal,

"Kami difahamkan, surau berkenaan dibanjiri jemaah untuk datang menunaikan solat, namun hanya 100 orang sahaja yang dibenarkan masuk bagi mematuhi SOP ditetapkan. Pengurusan surau kemudian mengarahkan kesemua yang tidak dapat masuk supaya bersurai dan mengambil tindakan menutup pintu pagar.

"Bagaimanapun, berlaku tindakan spontan apabila mereka yang tidak dapat masuk menunaikan solat di jalan raya di luar perkarangan surau berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, di sini, petang ini.

Mohd Shuhaily berkata, pengurusan surau juga tidak menghubungi polis kerana mahu menjaga sensitiviti agama, namun tidak menyangka warga asing berkenaan tetap menunaikan solat walaupun sudah diarahkan bersurai dengan cara baik.

Beliau berkata, ada 180 masjid dan 57 surau di Pulau Pinang, tetapi hanya satu sahaja laporan pelanggaran SOP yang diterima setakat ini.

"Kita juga menyeru pengerusi masjid dan surau di negeri ini untuk menghubungi polis sekiranya mendapati ada pelanggaran SOP, tambahan pula dalam masa tiga hari ini (Hari Tasyrik) akan ada acara dan aktiviti yang kita berharap semua dapat faham kerana apa yang dilakukan adalah bagi membendung penularan wabak Covid-19.

"Di kesempatan itu, kita memohon jika ternampak sesuatu perkara yang melanggar SOP boleh menghubungi polis menerusi talian 04-32221722," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 10, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 22 saat memaparkan ratusan warga asing yang menunaikan Solat Sunat Aidiladha di jalan raya di luar perkarangan surau berkenaan yang dirakamkan orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Dalam video berkenaan mendapati, kesemua warga asing terbabit solat dalam keadaan 'jarak-jarak' namun ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan negara kini sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Sementara itu, Pengerusi Surau Taman Pelangi, Fazil Abdul Karim, berkata apa yang berlaku pagi tadi adalah di luar kawalan pihaknya dan tidak sangka sehingga tular menerusi media sosial.

"Pada ketika ini jumlah jemaah yang dihadkan adalah 100 orang sahaja. Saya bertanggungjawab menjaga perkara yang berlaku dalam kawasan surau sahaja dan apa yang berlaku adalah di luar kawalan saya.

"Saya pula terlupa untuk menghubungi polis kerana dalam kekalutan dan masa suntuk untuk menunaikan solat dengan segera," katanya.

Nur Izzati Mohamad

bhnews@bh.com.my

4 comments:

  1. Beginilah umat ISLAM kita diLAYAN mcm. HAIWAN, diGARI & diBIAQkan TAK berkasut & diREMAN sampai 3 HARI - walau kesalahan hanya sbb. laggaq SOP Solat Aidil Adha!!

    Kalau si KAFIR2 kat KELAB2 MALAM @ KILANG2 langgaq SOP - ada dilayan mcm. HAIWAN2 oleh POLIS mcm. ni?!!!

    PECAT KETUA POLIS PP amat RASIS & FASIS ni!!

    Di - https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ingkar-sop-solat-aidiladha-polis-tahan-reman-49-lelaki-bantu-siasatan-309514

    ReplyDelete
    Replies
    1. NOTA: Tak.kisah mereka WARGA ASING - tapi depa umat ISLAM yg. hanya LANGGAQ SOP Solat Aidil Adha - BUKAN PENJENAYAH!!

      Kalau KAFIR2 termsk. Warga2 ASING kat KELAB2 MALAM @ KILANG2 langgaq SOP Covid-19 - ada diLAYAN mcm. HAIWAN begini?!

      Delete
  2. Tgk. berita TERBARU amat mengGEMPARkan ni, BALAI POLIS pun dijadikan SARANG DADAH, Aksi LUCAH, KELAB ARAK & disyaki SINDIKET PELACURAN - oleh POLIS2 PENJENAYAH sendiri - waktu HARI RAYA HAJI pula tu!!

    Maka, adakah POLIS2 PENJENAYAH ni semua akan - diGARI, dibiaqkan TAK berkasut ke MAHKAMAH & diREMAN berHARI2 - mcm. umat ISLAM kita yg. hanya MELANGGAQ SOP Solat Aidil Adha tu?!!

    Di - http://gigitankerengga.blogspot.com/2021/07/balai-polis-disko-kena-serbu.html?m=1

    ReplyDelete
  3. Why you (YIP KUM FOOK or cheating people wife at Kepong) do people cheat on people they love? Because they want to be accepted, respected, loved, wanted, or praised (the things they likely feel they aren't getting in their current relationship). The reasons vary from person-to-person, but they're all about a need the person is trying to get met.
    From: Mr Lee

    ReplyDelete