rubiconproject.com, 9655, RESELLER, 0bfd66d529a55807)

Sunday, 22 August 2021

Mayat bekas imam ditemui hadap kiblat

 


YAN – Mayat lelaki warga emas yang hilang dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai di sini pada Rabu lalu ditemui di bawah timbunan batang pokok di sebuah chalet dekat Air Terjun Batu Hampar, hari ini.

Mayat mangsa, Ku Shuib Ku Abdullah, 91, ditemui anggota bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi tersebut kira-kira pukul 3.23 petang.

Mangsa yang merupakan bekas imam Masjid Yan dekat sini ditemui di bawah timbunan batang pokok di kawasan sungai yang baru terbentuk berhampiran Sungai Batu Hampar.

Keadaan mayat mangsa kelima itu didapati hanya mengalami kesan calar dan tiada luka serius walaupun telah dihanyutkan arus deras bersama batang pokok dan kayu besar.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan mengiring menghadap kiblat kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang iaitu di rumahnya di Chalet Salak Denai.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Sayani Saidon memberitahu, mayat mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa kira-kira lima minit kemudian.

Katanya, mayat Ku Shuib kemudian diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Yan untuk proses selanjutnya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment