rubiconproject.com, 9655, RESELLER, 0bfd66d529a55807)

Thursday, 2 September 2021

Tukang cuci mengaku tak salah curi RM40 tabung masjid

Tangkap layar CCTV ketika kejadian Sabtu lalu

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KANGAR – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri tabung di sebuah masjid di Padang Pauh dekat sini pada Sabtu lalu.

Tertuduh, Nor Amira Roslan, 28, yang bekerja sebagai tukang cuci membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Kamaliza Md. Zain.

Mengikut kertas pertuduhan, ibu kepada seorang anak lelaki berusia empat tahun itu didakwa mencuri tabung mengandungi wang RM40 di Masjid Sirajuddin di Padang Pauh kira-kira pukul 8.45 malam, Sabtu lalu.



Nor Amira mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencuri tabung masjid di Mahkamah Majistret Kangar, hari ini.

Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment