Showing posts with label #HPU914. Show all posts
Showing posts with label #HPU914. Show all posts

Saturday, 14 September 2019

#HPU914 Laungan Takbir bergema di PWTC

Sejarah baru dalam landskap politik negara tercipta apabila 2 parti politik terbesar orang Melayu, iaitu PAS dan Umno hari ini secara rasmi menjalinkan kerjasama.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi menandatangani piagam kerjasama politik selepas lebih 60 tahun menjadi seteru sambil disaksikan ribuan penyokong kedua-dua parti pada acara kemuncak Himpunan Penyatuan Ummah di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Laungan takbir turut bergema selepas PAS dan Umno memeterai piagam kerjasama politik itu secara rasmi.

Turut menyaksikan penyatuan itu rakan komponen BN dan Gagasan Sejahtera.

Kerjasama antara PAS dan Umno sememangnya mula terjalin sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14) atas dasar kepentingan umat Islam.

Hubungan 2 parti itu bertambah rapat selepas Barisan Nasional (BN) tumbang ditangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU14, termasuklah menjalinkan kerjasama dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) menentang parti pemerintah selepas itu sehingga membawa kepada pemeteraian piagam kerjasama hari ini.

Menerusi piagam Muafakat Nasional itu, PAS dan Umno bersetuju menangani isu peminggiran kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera.

Rasional kerjasama itu juga adalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Islam, Melayu dan Bumiputera.

#HPU914 Menyingkap 6 dekad sejarah Umno dan PAS

Umno dan PAS, dua parti politik terbesar berteraskan Melayu-Islam, mempunyai sejarah panjang.
Kedua-dua parti itu dalam bersaing untuk mencari tapak yang kukuh dalam hati pengundi, terutamanya masyarakat Melayu-Islam, telah cuba dan masih berusaha untuk membentuk ikatan politik yang mantap serta kekal berkuasa.
FMT menggariskan peristiwa-peristiwa penting sepanjang 6 dekad lalu bagi menggambarkan turun naik hubungan Umno-PAS menjelang Himpunan Penyatuan Ummah yang berlangsung selama 2 hari di premis Umno iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra dan Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur.