Showing posts with label #HariaPenangHaria #BolaPenang #DemiPulauPinang. Show all posts
Showing posts with label #HariaPenangHaria #BolaPenang #DemiPulauPinang. Show all posts

Wednesday, 23 January 2019

Tak Sabar nak sambar Jersi Rasmi Harimau Kumbang 2019


Semalam berlangsungya Pelancaran jersi baharu untuk skuad bola sepak Harimau Kumbang berkenaan bagi musim 2019 . Ternyata pelancaran jersi berkenaan  mendapat respons yang sangat positif daripada kebanyakan peminat sukan tersebut di negeri Pulau Pinang.

Pelancaran Jersi baharu tersebut dilancarkan secara rasmi semalam bertempat di The Light Hotel, Seberang Jaya .KL Base Sport yang membawa jenama Stallion merupakan penaja rasmi jersi pasukan Pulau Pinang bagi musim 2019.



Membawa slogan ‘Dari Penyokong Untuk Penyokong’, reka bentuk jersi ini direalisasikan sendiri oleh penyokong Pulau Pinang selepas persatuan mengadakan pertandingan mencipta jersi pasukan pada 9 Oktober 2018.

Jersi terbaharu menampilkan tiga warna simbolik, iaitu biru sebagai kit rumah (home), putih kit pelawat (away) dan hitam kit ketiga (alternatif) yang melambangkan ‘Harimau Kumbang’ sebagai ikon pasukan tersebut.


Jersi mula dijual di majlis tersebut dengan harga RM99.00 (Player Issue), dan selebihnya akan dijual pada perlawanan persahabatan Pulau Pinang menentang Puchong Fuerza FC, 25 Januari ini di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.