Showing posts with label #PAU2016. Show all posts
Showing posts with label #PAU2016. Show all posts

Wednesday, 30 November 2016

#PAU2016 Gendang Perang Sudah Dipalu, UMNO Perlu Bersatu


Perhimpunan Agung UMNO #2016 kali ini bermula dengan majlis taklimat Presiden di mana suasana boleh dikatakan agak serius.

Boleh dikatakan taklimat kali ini menumpukan kepada hala tuju UMNO setelah melalui satu krisis kepimpinan yang tidak diundang.

UMNO boleh dikatakan sudah melepasi ribut taufan yang melandanya apabila 3 ahlinya yang boleh dikatakan sebagai “ternama” sudah pun disingkirkan.

Pada awalnya ada suara suara yang menyatakan bahawa kepimpinan Datuk Seri Najib agak tidak berani mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Namun tanggapan itu salah belaka, dan mereka sudah pun disingkirkan. Tercabut sudah duri dalam daging.

Jika pada tahun lalu jeritan “No retreat no surrender” telah dilaungkan oleh Presiden UMNO di hadapan Tun Mahathir Mohamad dan ketiga yang lain, kali ini Presiden mahu ahli UMNO "move forward" dan menumpukan kepada perkara “hidup dan mati” iaitu pilihanraya.

Lebih kurang 5,700 ahli UMNO yang mendengar taklimat sebagai perwakilan mendapat amanat untuk bersiap siaga menghadapi peperangan sebenar sebagai sebuah parti.

Sebagai mewakili orang Islam dan umat Melayu, UMNO adalah satu satunya parti yang masih berjaya menghalang kemaraan kehendak dunia terbuka di mana tuntutan LBGT, hak bebas murtad , penggunaan Kalimah Allah secara salah tafsir.

Tiada lagi parti Islam yang punya kuasa yang mampu menghalang kehendak modenisasi yang tidak selaras dengan agama Islam selain UMNO.

Kehendak yang bukan bukan sebagai tuntutan popular melalui parti parti dan NGO yang anti Islam hanya mampu dihalang oleh UMNO sahaja.

Dalam waktu yang sama , UMNO juga perlu bersatu dalam menghadapi musuhnya.

UMNO yang berpecah  tentu sekali tidak dapat menghalang serangan dari pelbagai sudut.

Benar juga kata kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi apabila menyuruh ahli UMNO lupakan sebentar hal hal perebutan jawatan, dan pergeseran sesama sendiri.

Fokus harusnya kepada membawa kemenangan kepada UMNO di PRU14 akan datang.

Maka secara rasminya UMNO sudah masuk ke dalam “mode” perangnya.

Dalam “mode” perang ini UMNO harus ambil posisi menyerang dan bukan lagi sibuk melayan isu isu lekeh dan remeh temeh yang dilontar oleh pembangkang.

Apa guna menjawab isu panjang lebar apabila pihak pelontar isu tidak berminat pun untuk mengetahui ulasan dan jawapan yang diberi.

Serang dan serang. Itulah cara ringkas nya amanat Presiden dan Timbalan Presiden malam tadi.

Survival UMNO bergantung kepada menyerang dan bersatu, itu sahaja pilihan yang ada.

"The best defence is attack" kata Sun Tzu. Dalam menyerang lawan, ahli parti kena bersatu padu barulah musuh akan tumpas. Sampai lari ke Tunisia sebab takut dengan PAU2016.

Teruskan momentum ofensif sehingga PRU14.

Tulisan :
Beruang Biru
BB164, Rabu
30 November 2016

Mahathir Kepanasan, Lari Ke Tunisia Ketika #PAU2016


Perjuangan menentang kerajaan tidak bermakna jika pemimpin yang mendalanginya penakut dan tidak berani berdepan cabaran yang mendatang.

Begitulah boleh diibaratkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila asyik melarikan diri ketika acara melibatkan pembangkang yang mahu menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Tahun ini, ketika acara demonstrasi haram TangkapMO1 di ibu negara, Dr Mahathir yang kini Pengerusi PPBM melarikan diri ke Langkawi untuk bercuti dan tidak menghadiri perhimpunan berkenaan yang berakhir dengan kegagalan.

Selepas itu, pada perhimpunan Bersih 5 pada 19 November lepas, Dr Mahathir pada awalnya sudah mengatakan bahawa beliau akan berada di Sudan untuk satu program dan mengatakan bahawa beliau tidak mungkin hadir.

Kemudian,  mungkin selepas dipaksa kerana kehadiran semakin berkurangan, Dr Mahathir terus menghadiri Bersih 5 dari lapangan terbang hanya dengan menyarungkan sahaja t-shirt Bersih berkenaan di luar kemejanya.

Kali ini, ketika Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang bermula semalam sehingga 3 Disember nanti, Dr Mahathir lari lagi kali ini ke Tunisia pula.

Dr Mahathir sebenarnya bimbang sekiranya didatangi oleh pihak media khususnya arus perdana yang sudah semestinya mempunyai banyak soalan untuk ditanyakan kepada beliau yang kelihatan amat membenci Najib dan Barisan Nasional (BN).

Selain media, beliau juga khuatir akan ditanya oleh rakan-rakan politik yang ramai hadir ke ibu negara untuk menghadiri PAU kali ini berkenaan pendirian sebenar dan apakah asas kebenaran beliau menentang Najib ketika ini.

Dr Mahathir juga bukan seorang pemimpin yang tahan dengan kritikan kerana terbukti pada zamannya sebagai Perdana Menteri, mana-mana pihak yang melampau dalam mengkritiknya akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada masa ini, beliau sudah tiada kuasa menahan sesiapa, jadi apa yang boleh beliau lakukan selain daripada lari.

Beliau seolah-olah tidak senang duduk dan berasa seperti kepanasan untuk  berada di ibu negara ketika perhimpunan  parti terbesar Melayu ini berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ketika tragedi Memali dulu, Dr Mahathir mengatakan bahawa pada ketika itu beliau sudah berlepas ke China.

Mahathir takut berdepan dengan kebenaran. Panas telinganya kalau berada di Malaysia mendengar ucapan ucapan PAU 2016. Tahun lepas pun Mahathir kepanasan mendengar ucapan Dato Seri Najib.

Tahun ini Mahathir lari terus. Maknanya Mahathir akui parti bunganya tidak ke mana. Menentang parti UMNO adalah satu kesilapan besar pada Mahathir.

Lebih buruk lagi bila parti bunganya juga tidak dapat sambutan. Apa lagi yang boleh dibuat melainkan lari ke luar negara.

Tulisan :
Beruang Biru
BB163, Rabu
30 November 2016

Tuesday, 29 November 2016

#PAU2016 Anggota UMNO Diingatkan Pelihara Kepentingan Rakyat, Kukuhkan Perpaduan - Najib


KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Anggota UMNO diingatkan supaya sentiasa memelihara kepentingan rakyat dan mengukuhkan perpaduan dalam parti.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peringatan itu sentiasa disebutkan dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO saban tahun dan beliau yakin melalui pegangan itu, UMNO mempunyai motivasi kuat untuk terus memimpin negara ke arah kejayaan.

"Insya-Allah, perjuangan murni UMNO ini akan terus dirahmati Allah SWT!," kata Perdana Menteri dalam catatan Facebooknya hari ini.

Beliau turut memuat naik video ucapannya pada perhimpunan sebelum ini, yang antaranya menyentuh aspek perpaduan dan ketabahan parti menghadapi cabaran. Video itu berdurasi tiga minit lima puluh saat.

Perhimpunan Agung UMNO 2016 bermula hari ini dengan pelbagai acara penting diatur sepanjang hari.

Perhimpunan agung lima hari itu melibatkan 5,732 perwakilan.

-- BERNAMA

#PAU2016 UMNO Pulau Pinang bawa isu ekonomi golongan muda


Isu mengenai kelangsungan hidup rakyat keseluruhan khususnya rakyat di negeri P.Pinang, akan menjadi tumpuan utama didalam ucapan wakil P.Pinang Jumaat ini.

Ketua Pemuda UMNO P.Pinang, Rafizal Abdul Rahim dimaklumkan akan membuat ucapan tersebut bagi isu ekonomi, di Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU2016) yang akan lebih memfokuskan kepada pembangunan ekonomi rakyat.

Mewakili Pemuda UMNO dan juga suara generasi baru di P.Pinang, ucapan isu ekonomi untuk PAU2016 kali ini dijangka menarik kerana penekanan mengenai bantuan kepada golongan muda didalam menjana ekonomi serta kaedah sara diri akan dibahaskan.

Trend golongan muda yang gemar berniaga secara kecil-kecilan bagi mencari pendapatan sampingan, dipandang sebagai satu medium baru untuk kerajaan menyalurkan bantuan menerusi GLC serta Agensi tertentu.

Bantuan perniagaan menerusi penyediaan pinjaman modal, bantuan peralatan, kursus perniagaan serta khidmat kaunseling dijangka mampu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap golongan berkenaan.

Begitu juga dengan kebajikan golongan muda yang baru melangsungkan perkahwinan serta baru menerima kehadiran cahayamata didalam hidup berumahtangga.

Bantuan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO terhadap pasangan yang baru berkahwin melalui skim rumah pertama sangat dialu-alukan kerana ia merupakan asas didalam permulaan kehidupan bahagia mereka.

Ucapan wakil dari P.Pinang itu juga dijangka akan menyentuh soal kenaikan harga susu tepung serta lampin pakai buang yang kian meningkat tanpa sebarang pengawasan dan juga kawalan.

Bagi keluarga kecil yang baru hendak memulakan langkah kehidupan, kenaikan yang tidak menentu bagi harga susu tepung dan juga lampin pakai buang tersebut sangatlah memeningkan kepala.

Jika kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin besar UMNO hari ini dapat berbuat sesuatu bagi mengawal kenaikan dua barang penting ini, golongan muda pastinya akan lebih bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan sedia ada.

Justeru itu, ucapan mengenai isu ekonomi oleh wakil Pulau Pinang nanti pasti akan membawa impak yang bukan sedikit kepada penambahbaikan ekonomi rakyat khususnya golongan muda melayu.

Jika UMNO tidak diharapkan untuk membantu dan membawa kebaikan kepada bangsa melayu di Malaysia, hendak diharapkan pada siapa lagi?

Sumber : UtaraNews