Showing posts with label #SavePenang. Show all posts
Showing posts with label #SavePenang. Show all posts

Sunday, 4 June 2017

Dasar Bumi Hangus DAP Di Pulau Pinang

lim guan eng DAP Gadaikan Negeri Pulau Pinang Dengan Pinjaman Tanpa Had Dari China


Perbelanjaan Tahunan Negeri meningkat 500%. Sehingga RM609 juta rizab negeri digunakan untuk menyelamatkan PDC. Tanah dan aset dijual dengan banyak. Penjualan yang terakhir telah dilakukan dengan tergesa-gesa tanpa tender. Sehinggakan EXCO Pulau Pinang sendiri berkata tiada tanah berharga lagi yang tinggal untuk dijual.
Sebahagian besar Komtar telah diswastakan kepada syarikat swasta sehingga 65 tahun. Tapak bersejarah tertua di Pulau Pinang, Fort Cornwallis diswastakan kepada syarikat swasta sehingga 45 tahun.
Bukit-bukit dibotakkan.
Harga projek PTMP meningkat daripada RM27 bilion kepada RM46 bilion seperti yang disahkan oleh EXCO Pulau Pinang – dengan mengatakan bahawa mereka perlu meminjam dari bank-bank untuk membayar perbezaan itu.
Pada masa lalu, adalah mudah untuk Lim Guan Eng menjual RM1 bilion tanah bagi mendapatkan pembiayaan. Sekarang beliau tidak boleh dan mahu meminjam RM1 bilion dari China.
Projek ini adalah RM46 bilion. Anda hanya meminjam RM1 bilion?
RM1 bilion hanya cukup untuk anda membayar TIGA laporan kajian meragukan bernilai RM305 juta.
Dan sebab mengapa meminjam RM1 bilion adalah untuk kemudiannya memberi pinjaman kepada syarikat swasta untuk projek mereka?
Bunyi seperti dasar bumi hangus pada saya.
Nota: Dasar bumi hangus ialah strategi ketenteraan dengan melakukan pemusnahan segala yang mungkin berguna kepada musuh (seperti bangunan, barang-barang, sumber asli dan lain-lain) ketika mengundurkan diri, ketika musuh mara melalui kawasan tersebut.
Oleh Lim Sian See / Wakeup Malaya

Pinjaman Exim Bank China Bukti Kewangan Pulau Pinang Kukuh Seperti Zimbabwe

Bercakap kepada media selepas acara di Hard Rock Hotel Pulau Pinang, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, tawaran pinjaman dari China Exim Bank kepada kerajaan negeri adalah satu pengiktirafan kepada kredibiliti di negeri ini dan kemampuan daripada segi kewangan.
“Ini bukan satu bank perdagangan swasta tetapi bank nasional di China. Ia adalah bukti kredibiliti di negeri ini dan kekukuhan kewangan untuk diberi pengiktirafan yang jarang berlaku ini,” katanya.
Boleh juga lihat Lim Guan Eng bermegah di sini:
Exim Bank China meminjamkan Zimbabwe US$319 juta (RM1.4 bilion) untuk pengembangan loji kuasa Kariba.
Alasan mengarut biasa dari Lim Guan Eng sekali lagi untuk mewajarkan beliau meminjam wang bagi melakukan projek meragukan untuk membiarkan Pulau Pinang menanggung hutang yang mereka mungkin tidak dapat membayar balik.
wake up malaya

Dari Mana Datangnya RM38 Bilion Itu?


Lim Guan Eng Kata 'Bukit Botak' Tak Wujud, Maka Ambiga Pembohong & Kroni BN?
Propaganda pembohongan tentang penjualan tanah negeri di zaman BN diulangi berpuluh kali oleh DAP walaupun semua sudah tahu bahawa itu adalah hak tambak tanah – bukannya tanah sebenar.
Tetapi peliknya, propaganda DAP tidak pula menyenaraikan jualan aset tanah sebenar kerajaan Pulau Pinang yang lain sejak tahun 2013?
Tidak mengapa, saya tolong senaraikan:
2010 – 1.1 ekar tanah PPR Taman Manggis kepada KLIDC – RM11.5 juta
2011 – 102 ekar tanah Bayan Mutiara kepada Ivory Properties – RM1.07 bilion
2013 – 110 ekar tanah Gurney Drive kepada Consortium Zenith BUCG untuk projek Terowong Pulau Pinang – RM6.3 bilion (tidak ada wang tunai yang terlibat)
2013 – 40 ekar tanah Batu Kawan kepada PE Land – RM65.34 juta
2014 – 245 ekar tanah Batu Kawan kepada Aspen Vision (49% dimiliki oleh Ivory Properties)
2014 – 30 ekar tanah Batu Kawan kepada Paramount Group – RM67 juta
2014 – 470 ekar tanah Batu Kawan kepada Eco World – RM1.02 bilion (Jualan dibatalkan tahun hadapannya kerana tanah yang sepatutnya untuk membina padang gold itu didapati tidak cukup besar. Sejak itu ia telah ditender semula oleh Kerajaan Pulau Pinang sekali lagi dan kini menunggu)
2014 – 49% daripada 198 ekar tanah Batu Kawan dan 6.67 ekar tanah Bayan Lepas kepada Temasek Singapura (tidak ada wang tunai yang terlibat bernilai berbilion)
2015 – 20 ekar tanah di Batu Kawan kepada Jabil Group, Singapura – RM30 juta
2015 – 4,000 ekar tanah tebus guna kepada Gamuda (60%) dan rakan kongsi tempatan (40%) di luar Permatang Damar Laut – dianggarkan RM27 bilion. Kerajaan Pulau Pinang juga berkata, mereka akan meminjam berbilion yang tidak disebut daripada bank-bank untuk memenuhi mencukupkan RM46 bilion.
2015 – 6.6 ekar tanah untuk kompleks pekerja Juru kepada Centurion Group Singapura – RM10.89 juta
2016 – Penjualan 49% saham dalam Tropical Island Resort Sdn Bhd (TIRSB) untuk RM156 juta yang memiliki 80 ekar tanah di Pulau Jerejak
2017 – 4 ekar tanah Peel Avenue bagi projek Island Hospital – RM156 juta
Kini, Lim Guan Eng sering menyebut bahawa sejak 2008, kerajaan pimpinannya sudah menganugerahkan projek-projek yang berjumlah RM38 bilion.
Kalau bukan jual aset-aset dan tanah Pulau Pinang, dari mana datang wang RM38 bilion ini?
Mahu tipu sampai bila?
Oleh Lim Sian See / Wake up Malaya

DAP Jual Tanah Tampung Kos Pentadbiran Naik 500 Peratus?


“Kami menghargai reaksi dari YAB Lim Guan Eng terhadap kenyataan kami sebelum ini yang mengesahkan Kerajaan Pulau Pinang secara berterusan menaikkan kos operasi kerajaan negeri sejak DAP mengambil alih pentadbiran pada 2008. Kos operasi bagi tahun 2017 ialah 500 peratus daripada apa yang dibelanjakan pada 2008.

YAB Guan Eng turut mengakui perbelanjaan pentadbiran serta kos operasi yang tinggi adalah satu keperluan bagi memastikan projek dapat dilaksanakan.
Kita juga turut maklum, bagi tempoh yang sama, perbelanjaan Kerajaan Persekutuan hanya meningkat 35 peratus berbanding 500 peratus di Pulau Pinang.

GUAN ENG ELAK JAWAB

Bagaimanapun, YAB Guan Eng tidak menjawab bagaimana Kerajaan Pulau Pinang mampu menjana pendapatan bagi menampung kenaikan 500 peratus bagi perbelanjaan tahunan namun masih mencatatkan lebihan.

Adakah ia dana dari Kerajaan Persekutuan, atau dari cukai yang dikenakan terhadap penduduk Pulau Pinang sebanyak lima kali ganda melalui kenaikan cukai penilaian harta, denda dan menaikkan kadar bekalan air empat kali ganda? Atau, adakah ia hasil dari peningkatan jualan tanah serta aset kerajaan negeri?

Jika pendapatan tambahan itu adalah dari penjualan tanah serta aset kerajaan negeri, mengapa Kerajaan Pulau Pinang tidak boleh menjual sebidang tanah lagi yang bernilai RM1 bilion bagi mengelak meminjam dari Bank EXIM di China yang akan turut melibatkan kos faedah?
Adakah dengan menjual aset kerajaan negeri yang semakin berkurangan bagi menampung kenaikan perbelanjaan tahunan yang besar boleh dianggap sebagai satu tadbir urus yang baik bagi jangka masa panjang?

Adakah kerana sekarang ini tiada lagi tanah kerajaan negeri yang bernilai untuk dijual sebagaimana dinyatakan oleh Exco Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow baru-baru ini?

Kami juga inginkan pengesahan dari YAB Guan Eng sama ada apa yang dinyatakan YB Chow kepada The Edge pada 22 Julai 2016 adalah tepat dengan menyatakan kos projek Pelan Induk Pengangkutan Awam (PMTP) Pulau Pinang telah meningkat dari RM27 bilion kepada RM46 bilion, yang menyaksikan peningkatan sebanyak RM19 bilion.

Jika ia benar, bagaimana Kerajaan Pulau Pinang akan menampung kenaikan RM19 bilion itu? Adakah ia dari pinjaman daripada Bank EXIM atau dari bank lain?”

Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional
Putrajaya,
3 Jun 2017

Apa Dr. Mujahid Nak Kata Kat Ayahanda Dia ?


Waktu beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS Pusat, Almarhum Haji Yusof Rawa sentiasa konsisten membangkitkan mengenai gejala riddah dan kemurtadan yang dialami oleh masyarakat Islam di Malaysia, termasuk yang diakibatkan oleh gerakan Kristianisasi.
Hakikat ini terbukti bila dilihat kepada kandungan ucapan-ucapan dasar Almarhum Haji Yusof Rawa di dalam Muktamar-Muktamar Tahunan PAS.
Di dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-30 pada 13 April 1984, Almarhum Haji Yusof Rawa berkata: “Kita yakin masalah pembebasan ummah masih menjadi persoalan yang serius dalam kehidupan umat Islam sekarang. Gejala riddah dan kemurtadan yang dialami oleh masyarakat Islam kini tetap merupakan ancaman yang meletak umat Islam di persimpangan yang mengharukan. Kerana itu perjuangan pembebasan ummah kekal menjadi dasar dan keutamaan dalam perjuangan kita. Tetapi walau apa pun keutamaan dasar dan program yang diatur bagi melaksanakan dasar itu, ia tidak akan keluar dari garis besar perjuangan, iaitu iqamat al-din, perjuangan menegakkan agama Allah dan mendaulatkan hukum-hukumnya.”
Di dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-32 pada 26 September 1986, Almarhum Haji Yusof Rawa berkata: “Kita ingin mengulangi bahawa untuk memelihara aqidah umat Islam, kita wajib mempergiatkan lagi penyebaran pengetahuan mengenai batas-batas iman dan kufur. Ilmu mengenai perkara ini wajib dipelajari dan diketahui oleh setiap orang Islam secara fardhu ain, sekira-kira mereka dapat memelihara dan menjaga iktiqad dan kepercayaan mereka.”
Di dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-33 pada 10 April 1987, Almarhum Haji Yusof Rawa berkata: “Oleh itu kita akan terus memerangi gejala riddah dan semua aliran yang meruntuhkan... Kesan kepada keselamatan negara yang timbul daripada masalah pendatang haram, penyalahgunaan dadah dan penyebaran ajaran Kristian serta ancaman pengaruh Zionis yang berpengkalan di Singapura adalah sukar untuk dijangkakan... Mereka juga mungkin menjadi sebahagian daripada anggota gerakan Kristian antarabangsa yang cergas dan masuk ke negara ini secara berprogram.”
Di dalam ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-35 pada 31 Mac 1989, Almarhum Haji Yusof Rawa berkata: “Gerakan Yahudi untuk menghancurkan Islam dan umatnya tidak pernah berhenti sejak dari kejatuhan Khaibar. Gerakan gereja antarabangsa juga tidak pernah berhenti sejak dari kejatuhan Rom. Dendam mereka terus membakar kedengkian yang sedia ada kepada mereka. Mereka akan menggunakan apa juga kesempatan melalui berbagai-bagai gerakan politik atau tentera untuk menghancurkan umat Islam dan aqidah umat Islam. Gerakan isytisyraq atau orientalis dengan menggunakan bidang pemikiran dan penulisan untuk merosakkan kesucian aqidah tauhid.”
Lebih dari ini, Almarhum Haji Yusof Rawa juga pernah mendedahkan pada tahun 1987 mengenai betapa seramai 66,000 orang Melayu didapati tidak beragama Islam, yang diikuti dengan ceramah pemimpin PAS seperti Haji Mohamad Sabu mengenai ancaman Kristianisasi di Malaysia.
Dr Mujahid sudah bacakah segala kenyataan ayahanda dia mengenai gejala riddah dan kemurtadan ni sebelum menulis mengenai Almarhum? Takkanlah Dr Mujahid nak kata ayahanda dia, Almarhum Haji Yusof Rawa, dan Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu, adalah pembohong pula?

Saturday, 3 June 2017

“Kalau Lim Guan Eng tak suka Islam, menentang syariat, menentang rang undang-undang syariah, kenapa pula nak buka puasa? - Jaringan Muslim Pulau Pinang


BUTTERWORTH: Jaringan Muslimin Pulau Pinang yang menyeru Lim Guan Eng memeluk Islam jika mahu menyertai majlis buka puasa di bulan Ramadan menjelaskan beliau bukan menghalang orang bukan Islam bersama meraikan acara itu.
Pengerusi Mohd Hafiz Nordin berkata ramai orang salah faham seruannya di tunjuk perasaan terhadap kerajaan negeri di George Town, Jumaat lepas.
Beliau berkata mereka cuma “bersuara”, bukannya “melarang” setiausaha agung DAP dan orang bukan Islam lain menyertai orang Islam berbuka puasa di bulan suci itu.
Beliau mendakwa Lim dan DAP menentang negara Islam, dan lantang mengkritik usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 yang mahu meningkatkan hukuman maksimum kesalahan syariah.


Hafiz juga mendakwa DAP meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ditutup atau peruntukannya dikurangkan.
Oleh itu, beliau mengagak Lim dan DAP menentang Islam secara umum, maka Lim bersikap hipokrit jika mengambil bahagian dalam majlis orang Islam, terutamanya berbuka puasa.

“Dia menunjukkan kebencian, penentangannya secara jelas terhadap negara Islam, tertang Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam agama persekutuan), RUU 355 dan minta Jakim ditutup, peruntukannya dikurangkan.

“Kalau Lim Guan Eng tak suka Islam, menentang syariat, menentang rang undang-undang syariah, kenapa pula nak buka puasa? Bukankah ini mempermain-mainkan dan memperolok-olokan, mempersendakan ibadat orang Islam?” katanya kepada pemberita di satu lagi tunjuk perasaan hari ini di Masjid Jamek Abdul Kader di sini.

Beliau mahu orang bukan Islam faham berbuka puasa di bulan Ramadan sebahagian daripada amalan ibadat orang Islam.

Mohd-Hafiz-Nordin_puasa_ramadan_21132“Orang bukan Islam sila faham benda ini: buka puasa, kami bersolat, kami berdoa, kami berzikir, itu ibadat kami. Orang bukan Islam tak perlulah nak buat apa. Kenapa orang bukan Islam perlu beribadat seperti kami?

Guan Eng ke, siapa saja orang bukan Islam tak boleh sepatutnya,” kata Hafiz. “Dia (orang bukan Islam) boleh datang selepas berbuka puasa, ada makan nasi briyani, nasi kandar…tetapi selepas azan, kami baca doa berbuka puasa dan disunatkan berbuka dengan buah kurma.”

Di tunjuk perasaan di luar Masjid Simpang Enam di Jalan Macalister Jumaat lepas, Hafiz menuntut kerajaan negeri menghentikan campurtangan dalam proses penfatwaan.

Ia menyebabkan Zaidi Ahmad, pegawai di pejabat ketua menteri Pulau Pinang yang berada di tempat kejadian, meminta penunjuk perasaan memberitahunya fatwa apa yang diganggu kerajaan negeri.
Zaidi bagaimanapun ditampar penunjuk perasaan dan kemudian dibawa pergi polis berpakaian biasa.

FMT

Mengapa Perlu Takut jika tidak Bersalah ? - Kamarul Yusoff


Saya dimaklumkan mengenai kewujudan satu petisyen yang digerakkan oleh CitizenGO yang beribu pejabat di Madrid dan yang mempunyai ahli di 15 kota di tiga benua. Mengikut kandungan petisyen bertajuk “Stop Legal Harassment of Christian Speaker of Malaysian State Assembly - Hannah Yeoh” ini, Hannah Yeoh sedang diganggu secara perundangan (is being legally harassed) oleh saya.
Kata petisyen ini, buku Hannah Yeoh hanya melaporkan pengalaman-pengalaman beliau dalam konteks kepercayaan beliau (simply reports on her experiences in the context of her faith) dan ini didakwa bukan satu kesalahan jenayah di Malaysia (In Malaysia, that is certainly not a criminal offence), apatah lagi beliau didakwa tidak mempromosikan buku ini kepada orang-orang Islam (Moreover, she did not promote the book to Muslims).
Tambah petisyen ini lagi, sekarang terdapat kemungkinan satu mahkamah Malaysia akan melayan laporan polis saya ini (now it seems as though the same type of religiously-motivated illiberality (as in the case of Jakarta's former governor, Ahok) may be entertained by a Malaysian court).
Oleh itu, petisyen ini merayu kepada KDYMM Sultan Selangor, YAB Menteri Besar Selangor, Perwakilan Tinggi Kesatuan Eropah bagi Hal Ehwal Luar, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat supaya campur tangan bagi pihak Hannah Yeoh (to intervene in Ms Yeoh's defence) demi memastikan agar laporan polis saya tidak dilayan oleh mahkamah-mahkamah Malaysia (this complaint not be entertained by the Malaysian courts).
Sehingga sekarang, petisyen yang dilancarkan pada 27 Mei ini telah mencatat lebih daripada 22,000 tandatangan.


Pemerhatian saya ke atas petisyen ini adalah:


Pertama, petisyen ini sangat terdedah kepada manipulasi mana-mana pihak kerana terlalu mudah untuk sesiapa sahaja di dalam dunia ini menandatangani petisyen ini. Maklumat yang perlu diberikan hanyalah nama pertama, nama akhir, alamat email, nama negara dan kod zip sahaja.
Kedua, petisyen yang digerakkan oleh CitizenGO yang beribu pejabat di Madrid ini merupakan satu bentuk campur tangan dari pihak luar ke atas urusan dalaman Malaysia dan, jika petisyen ini bermula dari rakyat Malaysia, ia merupakan satu bentuk jemputan kepada pihak luar supaya campur tangan ke atas urusan dalaman Malaysia sekali gus merupakan satu usaha memburuk-burukkan nama Malaysia. Kenapa perlu dibuat rayuan, bukan setakat kepada KDYMM Sultan Selangor dan YAB Menteri Besar Selangor, tetapi juga kepada pihak-pihak luar, iaitu Perwakilan Tinggi Kesatuan Eropah bagi Hal Ehwal Luar, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, supaya campur tangan bagi pihak Hannah Yeoh (to intervene in Ms Yeoh's defence) demi memastikan agar laporan polis saya tidak dilayan oleh mahkamah-mahkamah Malaysia (this complaint not be entertained by the Malaysian courts)? Oleh itu, sangat wajar bagi Hannah Yeoh sendiri menjelaskan sama ada beliau atau mana-mana penyokong beliau, sama ada di dalam atau di luar DAP, turut terlibat di dalam petisyen ini.
Ketiga, kandungan petisyen ini yang mendakwa Hannah Yeoh sedang diganggu secara perundangan (is being legally harassed) oleh saya adalah tidak betul. Laporan polis saya terhadap Hannah Yeoh bukanlah satu bentuk gangguan tetapi laporan biasa yang melibatkan beberapa persoalan perundangan yang akan ditentukan secara objektif dan profesional oleh pihak Polis Di-Raja Malaysia dan pihak Jabatan Peguam Negara Malaysia. Sebaliknya, Hannah Yeoh-lah yang mengganggu saya secara perundangan dengan membuat tuduhan kononnya komentar Facebook saya pada 10 Mei mengandungi “satu tuduhan yang tidak benar” (iaitu bahawa DAP giat mencampurkan urusan politik dengan urusan agama, terutamanya agama Kristian) dan bahawa komentar Facebook saya ini kononnya menimbulkan risiko yang tinggi terhadap keselamatan diri beliau dan ahli-ahli DAP. Sedangkan hakikat sebenarnya komentar Facebook saya diasaskan kepada petikan-petikan tertentu daripada buku beliau sendiri yang tidak mampu beliau nafikan dan ia tidak pernah menimbulkan apa-apa risiko terhadap keselamatan diri beliau dan ahli-ahli DAP.
Keempat, kandungan petisyen ini yang mendakwa sekarang terdapat kemungkinan satu mahkamah Malaysia akan melayan laporan polis saya ini (now it seems as though the same type of religiously-motivated illiberality (as in the case of Jakarta's former governor, Ahok) may be entertained by a Malaysian court) adalah satu dakwaan yang sangat keterlaluan dan menggambarkan ketakutan berlebihan pihak yang memulakan inisiatif membuat petisyen ini terhadap kemungkinan Hannah Yeoh akan dihadapkan ke mahkamah. Bagaimana mungkin kesimpulan bahawa Hannah Yeoh mungkin akan dihadapkan ke mahkamah boleh dibuat tatkala siasatan oleh pihak Polis Di-Raja Malaysia belum selesai, dan tatkala Hannah Yeoh sendiri memaklumkan beliau belum dipanggil untuk memberikan keterangan? Soalan saya mudah sahaja: Jika anda tidak melakukan kesalahan, mengapa anda perlu merasa takut?

Polis Pulau Pinang berjaya tumpaskan Sindiket Dadah


PULAU PINANG 2 Jun - Polis menumpaskan sin­diket pengedaran dadah dengan merampas sejumlah barangan terlarang itu bernilai RM1.63 juta yang dipercayai untuk kegunaan lebih 100,000 penagih dalam lima serbuan di sekitar negeri ini pada Rabu lalu.

Dalam serbuan antara pu­kul 5.45 petang hingga 10.15 malam itu, seramai enam lelaki tempatan termasuk dalang sindiket tersebut ditahan di kawasan awam dan di dua buah rumah di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan.



Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Ali berkata, modus operandi mereka yang memasukkan dadah dalam bungkusan teh Cina dan pembesar sua­ra berjaya dikesan berdasarkan maklumat risikan.

“Rampasan melibatkan 21 kilogram (kg) dadah jenis syabu, 7,800 biji pil erimin 5 dan 18 gram ganja,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kontinjen Polis negeri di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah lebih RM9,400, pelbagai barangan kemas termasuk empat bentuk cincin, tiga kepingan emas, seutas gelang dan rantai.

“Turut dirampas dua kereta jenama Mercedez Benz C200 dan Toyota Camry serta tiga motosikal jenama BMW R1200, Naza Blade 650R dan Benelli TNT600 yang keseluruhan nilainya adalah RM276,000,” katanya.

Zulkifli menambah, berdasarkan siasatan awal kesemua ahli sindiket yang menerima bekalan dari luar negara itu mempunyai rekod jenayah lampau dan seorang daripada mereka didapati positif dadah.


Ujarnya, suspek yang juga peniaga direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.

Ditanya sama ada negara ini menjadi transit pengedaran dadah, Zulkifli menjelaskan, perniagaan barangan terlarang itu dipercayai menjadi trend negara Segi tiga Emas seperti Myanmar, utara Laos dan utara Thailand sebelum memasarkannya ke negara lain termasuk Malaysia.

“Kita akan teruskan siasatan bagi membanteras lebih banyak ahli sindiket ini yang diyakini masih bebas selain menjejaki aktiviti pasaran gelap melibatkan pengedar dadah lain,” tegasnya.