Showing posts with label #bersih5. Show all posts
Showing posts with label #bersih5. Show all posts

Wednesday, 2 November 2016

Parti komponen BN pandai kritik, tetapi tak bantah Bersih 5, kata Jamal

Parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan jangan hanya pandai mengkritik gerakan Baju Merah, tetapi tidak menyumbang idea untuk menentang perhimpunan Bersih 5, kata Datuk Jamal Yunos.

Ketua gerakan Baju Merah itu berkata, MIC, MCA dan Gerakan sepatutnya menyambut baik gesaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membenarkan ahlinya menyertai perhimpunan balas Baju Merah bagi menentang himpunan Bersih 5.

“Sepatutnya, mereka (parti komponen BN) kalau tak faham atau mungkin buat tak faham, panggil kami bincang, sebab sebelum ini saya cuba memberi penerangan kepada mereka, tetapi mereka sengaja tak mahu menyambut salam saya untuk menerangkan tujuan gerakan (Baju) Merah.
“Kalau mereka nak bincang kita terbuka, jangan pandai membuat kritikan tetapi langsung tidak memberi pandangan, setakat mencemuh dan beri komen yang akan menimbulkan ketegangan dalam suasana baik antara pakatan BN,” katanya kepada FMT hari ini.

Semalam, MIC, MCA dan Gerakan tidak bersetuju dengan tindakan Khairy membenarkan ahli Pemuda Umno menyertai perhimpunan balas gerakan Baju Merah terhadap Bersih 5 kerana tindakan itu boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu turut mengucapkan terima kasih kepada Khairy yang memahami keadaan sebenar.

“Terima kasih kepada Khairy Jamaluddin kerana memahami apa yang sedang berlaku, perkara yang sedang berlaku, jelajah Bersih 5 menabur fitnah menghasut rakyat turun demo pada 19 November.
“Sepatutnya, rakan komponen BN turut membantah himpunan kuning, kerana maksud Khairy tidak ada kuning, tidak ada merah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Razlan Mohamad Rafi menyokong Khairy dan menggesa rakyat menolak Bersih 2.0 kerana ada bukti pemantau pilihan raya itu mendapat tajaan RM3.2 bilion (AS$800 juta) daripada Open Society Foundations (OSF) milik jutawan George Soros, sejak 2010.

“Terbaharu, kita tahu ada banyak dana dari luar, terutamanya Wikileaks yang membocorkan penglibatan George Soros untuk gerakan Bersih ingin jatuhkan perdana menteri. Kita sebagai parti memerintah kena pertahan daripada sudut politik, sama juga Bersih dibelakangi pembangkang,” katanya kepada FMT.

FMT

Wednesday, 19 October 2016

MAHATHIR KECEWA LAGI !




Rakyat sedia maklum bahawa Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-242 dilaporkan telah menolak tuntutan Dr Mahathir Mohamad dan juga Deklarasi Mahathir-KitSiang. Deklarasi Rakyat ini amat diragukan kerana dilaporkan wujud tandatangan-tandangan palsu.

Kita juga sedia maklum apabila Dr Mahathir Mohamad tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyokong DS Anwar Ibrahim, yang memfailkan saman menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Anwar mendakwa kononnya Akta MKN 2016, yang berkuat kuasa pada 1 Ogos lepas adalah 'tidak berperlembagaan dan tidak sah."

Tindakan Mahathir ini telah dikritik hebat oleh ramai pihak termasuk pihak pembangkang. Mereka berasa amat tertipu kerana 2 orang ini tidak beretika dan meliwati prinsip masing-masing.

Selanjutnya KLIK SINI

Sunday, 2 October 2016

Pas tidak sertai #Bersih5


Pas membuat ketetapan buat masa ini, untuk tidak menyertai perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan hujung bulan depan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pada prinsipya Pas menyokong matlamat asal tuntutan Bersih, namun Bersih 5 ada banyak matlamat lain yang Pas rasakan ia tidak selari dengan pendekatan Pas kini.

"Kita ada kaedah sendiri untuk menjadi pembangkang yang efektif di negara ini selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera yang di bawa Pas sekarang," katanya kepada Sinar Online.

Takiyuddin berkata, namun ketetapan sama ada untuk membenarkan ahli Pas untuk menyertai itu secara peribadi, Pas belum putuskan lagi.

"Ahli-ahli mungkin akan pergi itu, kita belum buat arahan lagi sama ada mahu benarkan atau tidak," katanya.

 Dalam pada itu, beliau menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan sekiranya Pas tidak menyertai perhimpunan Bersih 5, seolah-olah Pas kini 'bersama BN'.

"Tidak semestinya begitu, kita tidak sokong satu pihak itu bermakna kita menyokong pihak lain, itu teori yang tidak boleh di pakai semua keadaan, macam Pas pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kita masuk bertanding menentang BN," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah mengumumkan bahawa pihaknya akan menganjurkan himpunan itu dengan bertemakan 'Satukan Tenaga, Malaysia Baru!'.