Showing posts with label @fuzi_harun. Show all posts
Showing posts with label @fuzi_harun. Show all posts

Saturday, 18 January 2020

#PRKKimanis Barisan Nasional Menang!


Berdasarkan kiraan tidak rasmi PRK Kimanis,  calon BN Mohamad Alamin menang PRK Kimanis.Beliau berjaya mengalahkan lawannya Karim Bujang dari Warisan.

Berdasarkan pengiraan tak rasmi, Mohamad Alamin sudah berjaya meraih 11,992 undi, sementara Karim mendapat 10,200 undi.

Jumlah undi yang diraih Mohd Alamin itu sudah melebihi separuh keseluruhan undi, yang memastikan kemenangna untuknya.

Kemenangan BN memenangi PRK Kimanis menunjukkan protes pengundi Kimanis terhadap isu PPS.


Saturday, 14 October 2017

@Fuzi_Harun akaun twitter Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara baharu Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengikut jejak langkah IGP sebelumnya dengan membuka akaun Twitter hari ini.

Ia disusuli pembukaan halaman Facebook rasmi dua hari lalu.

Setakat ini, Fuzi telah memuatnaik kegiatan beliau dan keratan akhbar - isi kandungan kebanyakan akaun sosial media pegawai tinggi kerajaan.

Fuzi cepat mengejar Khalid Abu Bakar dengan 122,000 pengikut di Twitter dan 68,000 pengikut di Facebook ketika berita ini ditulis.

Populariti Khalid berkaitan dengan pos beliau di media sosial meningkat kerana ia memiliki sentuhan peribadi dan mencerminkan personaliti beliau yang penuh warna-warni.

Ia menjadikan Twitter @KBAB51 sebagai nama penting di Twitter-jaya.

Beliau akan menulis kata-kata galakan kepada anggota bawahan beliau, selalunya di sertai dengan hashtag #GoPDRMgo.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/398307#8eCWgriyF1ZDfrKu.99