Showing posts with label 1mdb. Show all posts
Showing posts with label 1mdb. Show all posts

Thursday, 24 May 2018

Shukri hantar Whatsapp minta maaf pada saya – Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM

Shukri hantar Whatsapp minta maaf pada saya – Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM
KUALA LUMPUR- Tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Seri Shukri Abdull yang menuduh Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai pengkhianat negara disifatkan sebagai satu tuduhan berat.
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM itu dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, beliau memandang serius kenyataan tersebut namun telah menerima permohonan maaf daripada Shukri.
“Sepanjang tempoh hampir 25 tahun berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia,  saya telah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, profesional serta memberikan komitmen yang tinggi dan saya sesungguhnya tidak pernah pada bila-bila masa menjadi atau bertindak sebagai ‘Pengkhianat Negara’,” katanya.
Dzulkifli yang meletakkan jawatan minggu lepas bagaimanapun memberitahu beliau berlapang dada apabila Shukri ada menghubunginya menerusi aplikasi Whatsapp untuk memohon maaf.
“Saya amat terharu dan ingin memaklumkan bahawa Datuk Seri Shukri telah menghubungi saya pada pagi ini melalui whatsapp dan sebagai seorang yang berjiwa besar, beliau telah memohon maaf kepada saya di atas kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan terhadap diri saya dalam sesi sidang media tersebut semalam.
“Saya amat bersyukur dan berlapang dada untuk menerima permohonan maaf beliau dan kami berdua menyifatkan bahawa isu ini telah pun selesai,” katanya lagi.
Shukri dalam sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM semalam melabelkan Dzulkifli sebagai pengkhianat negara kerana melindungi pesalah sambil merujuk kepada skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Wednesday, 2 May 2018

Tidak bertanggungjawab kaitkan 1MDB dengan siasatan Switzerland

Tidak bertanggungjawab kaitkan 1MDB dengan siasatan Switzerland
1MDB mengambil maklum laporan berita mengenai pelancaran penyiasatan oleh pendakwa Switzerland berkaitan syarikat minyak Arab Saudi, dan laporan berkaitan warga Swiss dan sistem perbankan negara itu.
KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata adalah tidak bertanggungjawab dan merupakan perbuatan keji bagi mana-mana pihak untuk menganggap dan memutar-belitkan dakwaan mengenai siasatan yang dijalankan oleh pendakwa Switzerland,sebagai siasatan ke atas 1MDB dan pemegang sahamnya.
1MDB mengambil maklum mengenai laporan berita mengenai pelancaran penyiasatan oleh pendakwa Switzerland berkaitan syarikat minyak Arab Saudi, dan laporan berkaitan warga Swiss dan sistem perbankan negara itu.
“Tidak ada cadangan salah laku oleh 1MDB atau mana-mana pegawainya. Oleh itu, adalah tidak bertanggungjawabdan merupakan perbuatan keji bagi mana-mana pihak untuk menganggap dan memutar-belitkan dakwaan mengenai siasatan yang dijalankan oleh pendakwa Switzerland itu dikatakan sebagai siasatan ke atas 1MDB dan pemegang sahamnya,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
1MDB menegaskan bahawa dana itu tidak tertakluk kepada sebarang penyiasatan jenayah sama ada di Malaysia atau di peringkat antarabangsa.
“Kami telah dan bersedia untuk membantu penyiasatan mana-mana pihak berkuasa yang sah, sejajar dengan protokol antarabangsa. Sehingga hari ini, 1MDB belum menerima sebarang permintaan sedemikian.
“1MDB meminta semua pihak supaya tidak mempolitikkan sebarang dakwaan mengenai siasatan yang disyaki oleh pihak berkuasa Switzerland ke atas rakyat bukan warganegara Malaysia itu, dan, semasa tempoh pilihan raya umum yang sensitif ini, tidak mengaitkan 1MDB untuk keuntungan politik.
— BERNAMA

Tuesday, 10 April 2018

Tiada kerugian RM14 bilion, salah laku dalam 1MDB


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan tiada bukti yang menunjukkan 1MDB menanggung kerugian berjumlah AS$3.657 bilion (RM14.4 bilion) dan tiada bukti dakwaan berlakunya salah laku oleh anggota lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad juga berkata peguam negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan sebelum ini turut menyatakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dalam skandal membabitkan isu 1MDB.

Beliau membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib dan 13 ahli Lembaga Pengarah 1MDB serta 2 lagi untuk membatalkan saman bekas Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor terhadap 16 defendan itu berhubung kerugian dialami 1MDB berjumlah AS$3.657 bilion.

Nik Hasmat juga mendapati Mohamad Ezam selaku plaintif tidak mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk memfailkan saman itu.

Dalam penghakimannya, beliau berkata mahkamah mendapati Mohamad Ezam mengakui di dalam afidavit balasannya, beliau bukan ahli lembaga pengarah, pemegang saham dan tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam 1MDB.

“Tindakan saman difailkan plaintif berasaskan ‘bare averment’. Saya juga terfikir-fikir adakah tindakan saman itu dicetuskan berdasarkan komitmen plaintif kononnya beliau mewakili pembayar cukai di negara ini atau hanya dibayangi niat tersembunyi bagi perkembangan politiknya,” kata hakim itu.

Katanya mahkamah juga mendapati tiada kausa tindakan munasabah dalam tuntutan saman plaintif dan saman berkenaan juga adalah remeh dan menyusahkan serta menyalah guna proses mahkamah.

“Oleh itu, mahkamah membatalkan saman difailkan plaintif terhadap kesemua defendan dan memerintahkan plaintif membayar kos berjumlah RM63,000 kepada kesemua defendan,” katanya.

Najib memfailkan permohonan membatalkan saman pada 12 Julai 2017, atas alasan Mohamad Ezam, selaku presiden Parti Bebas Rasuah tidak mempunyai locus standi untuk mengemukakan tuntutan tersebut.

Selain Najib selaku defendan pertama, turut memfailkan permohonan bagi membatalkan saman ialah 13 ahli Lembaga Pengarah 1MDB iaitu Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Datuk Kamal Mohd Ali, Datuk Norazman Ayob, Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Tan Sri Ismee Ismail, Tan Sri Ong Gim Huat dan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi selaku defendan ke-2 hingga ke-8.

Selain itu, Ashvin Jethanand Valiram, K Arul Kanda, Mohd Hazem Abd Rahman @Mohamed, Datuk Mohd Bakke Salleh, Tan Sri Azlan Mohd Zainol, Datuk Tengku Rahimah Puteri Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sebagai defendan ke-9 hingga ke-14.

Syarikat 1MDB dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ke-15 dan ke-16 turut memfailkan permohonan bagi membatalkan saman difailkan Mohamad Ezam pada 14 April 2017.

Dalam pernyataan tuntutan, Mohamad Ezam, selaku plaintif, mendakwa syarikat 1MDB meminjam sejumlah AS$6.5 bilion dengan bantuan Goldman Sachs International Ltd yang sewajarnya dimasukkan ke akaun syarikat berkenaan.

Namun, beliau mendakwa kesemua defendan bertindak melulu dengan menyebabkan sejumlah AS$3.657 bilion dibayar kepada pihak tidak berhak hingga menyebabkan kerugian kepada syarikat 1MDB.

Oleh itu, plaintif menuntut kesemua defendan menanggung kerugian syarikat 1MDB dengan bayaran sejumlah AS$3.657 bilion kepada syarikat berkenaan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Peguam Farez Jinnah mewakili Mohamad Ezam, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili perdana menteri dan Peguam Kanan Persekutuan Shamsol Bolhassan bertindak bagi pihak kerajaan manakala peguam Datuk Tan Hock Chuan mewakili 1MDB dan sebahagian daripada 13 anggota lembaga pengarahnya.

Wednesday, 4 April 2018

Kerajaan Guna Hasil GST Untuk Bayar Hutang 1MDB Adalah Fitnah – Arul Kanda



1. Pihak pembangkang kerap kali mengulangi tuduhan bahawa hasil kutipan daripada GST akan digunakan bagi membayar hutang syarikat 1MDB.

2. Arul menyifatkan tuduhan tersebut adalah fitnah sama sekali. Hutang 1MDB yang tinggal pada masa ini adalah sebanyak RM31 bilion dalam bentuk jangka masa panjang.

3. Hutang 1MDB kini juga telah dipadankan dengan asset-aset milik 1MDB jangka masa panjang seperti hartanah, pelaburan kewangan, dan sebagainya yang bernilai RM43 bilion. Maksudnya, dana GST tidak diperlukan langsung untuk menyelesaikan hutang-hutang milik 1MDB seperti tohmahan pihak pembangkang.

Thursday, 1 March 2018

Jho Low Tiada Kaitan Dengan 1MDB, Kapal Yang Ditahan Bukan Duit 1MDB



Bila tidak ada isu dan gagal menjawab isu makanan kuda Mahathir yang mahalnya RM50,000 sebulan, maka pembangkang "recycle" balik lah cerita pasal 1MDB.

Tuduh kapal yang ditahan di Indonesia ada hubung kait dengan kes DOJ di Amerika Syarikat. Sudah dijelaskan beberapa kali sebelum ini bahawa Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB.

Kalau Jho Low beli kapal pun ianya bukan dengan duit 1MDB. Kalau Jho Low pakai duit IPIC, itu antara Jho Low dengan IPIC, bukannya dengan 1MDB.

Kena semak dengan DOJ benarkah kapal Jho Low itu adalah dari duit IPIC. DOJ belum keluar kenyataan tetapi Malaysiakini dan Sinar Harian dah melebih lebih ulas isu ini.

Cerita kapal Jho Low ditahan di Bali ini seakan ulang cerita sama pada Oktober tahun lepas bila kapal Equnimity itu berlabuh di Pulau Weh, utara Acheh.

Datuk Dr Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri menyatakan pada waktu itu bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak dimaklumkan apa apa mengenai penahanan itu.

Kali ini pun sama, yang terlebih tahu adalah Malaysiakini.

Selepas itu, pada 23 Oktober 2017, Datuk Dr Zahid menyatakan kes perkaitan Jho Low sudah pun ditutup setelah membuat kajian dan siasatan mendalam dengan pihak interpol.

“Sebelum ia (1MDB) menjadi 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) telah ditubuhkan di mana pemegang sahamnya ialah Kerajaan Terengganu. Pada masa tersebut, Jho Low dilantik sebagai penasihat kepada TIA,” katanya.

Bagaimanapun, Arul berkata, Jho Low telah meletak jawatan pada Mei 2009, sebelum saham TIA diambil alih oleh Kementerian Kewangan dan nama TIA ditukar kepada 1MDB.

"Jho Low tiada sebarang aktiviti di dalam syarikat, beliau tidak dibayar oleh syarikat dan tidak diberikan apa-apa tugas untuk syarikat,” kata Arul Kanda pada 26 Mac 2016.

Dato Seri Haji Ahmad Husni Hanadziah, bekas Menteri Kewangan II dalam temubual dengan RTM1 pada Jun 2015 berkata, Jho Low atau nama sebenar Low Taek Jhow tidak mempunyai sebarang kaitan dengan 1MDB.

“Jadi tidak timbul soal dana hilang dan dibayar kepada Jho Low’ tegas Ahmad Husni.

Secara jelas, nama Jho Low tidak timbul dalam mana-mana aliran tunai. Nama Jho Low hanya disebut oleh sebuah portal berita Sarawak Report tanpa bukti dan fakta

Jika baca balik satu persatu berita kapal dari Bali itu, ayat "copy paste" yang sama ketika kapal itu berada di Acheh digunakan semula. Cara pemberitaan seperti itu hanya untuk mencetuskan semula persepsi tentang 1MDB.

Tuesday, 25 October 2016

Soalan DS Husni Hanadzlah Tentang 1MDB Hanya Menutup Kebenaran Yang Pernah Dijawab Ketika Menjawat Jawatan Menteri



Berkenaan pertanyaan bekas timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Husni tentang 1MDB..eloklah pembaca menonton video di bawah sebelum membaca kupasan di bawah





1. Husni bertanya semasa sesi pembentangan usul di Dewan Rakyat. Memandangkan soalan ini ditanya oleh Husni semasa sidang Dewan Rakyat, maka lebih molek dan sesuai jika ia juga dijawab oleh Menteri di Dewan Rakyat semasa penggulungan nanti. Tidak sesuai pula jika mendahului menteri.

2. Bagaimanapun, suka dinyatakan bahawa Husni sendiri pernah menjawab soalan mengenai penubuhan 1MDB. Dalam kenyataan pada 20 Februari 2015, Husni menyebut, "1MDB ditubuhkan dengan matlamat jelas iaitu melabur dan membangun projek dalam bentuk jangka panjang yang mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi, dengan sasaran menjana kewangan dan kejayaan pada masa depan. Selepas berjaya menggabungkan sektor tenaga dan menjadi pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia serta meletakkan asas untuk pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia, dua projek yang akan mengubah rakyat dan ekonomi negara, syarikat ini adalah seiring dengan objektifnya." (lihat paparan skrin)

3. Ezam pula pada pandangan saya hanya makhluk yang sedang cuba menangguk di air keruh. Ezam secara jelas menyatakan dia tidak mempunyai akses terhadap fail berkaitan. Jika begitu kesnya, anggap sajalah, Ezam ini tidak mempunyai maklumat mengenai soal ini.

4. Dakwaan Ezam ini sejak dulu lagi ada bermacam-macam, termasuk cerita 6 kotak berisi dokumen rahsia. Bagaimanapun sampai sekarang, tiada sebarang bukti dikeluarkan dan tiada sesiapa pula yang didakwa berkaitan kotak tersebut termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

5. Sebenarnya bukan semua orang boleh mendapat akses kepada fail-fail tertentu, lebih-lebih lagi Ezam yang mempunyai sejarah mengkhianati kerajaan dan pernah membuat ugutan untuk membocorkan rahsia kerajaan. Jika saya yang mengendalikan fail tersebut, saya sendiri tidak akan menyerahkannya kepada Ezam. Bukan fail 1MDB saja, malah fail-fail lain pun tidak mungkin saya serahkan kepada seseorang yang berisiko tinggi.

6. Oleh kerana Ezam tidak mempunyai sebarang akses kepada fail berkaitan, maka tidak perlulah Ezam membuat sebarang dakwaan berdasarkan andaiannya semata-mata. Dalam soal SRC, SPRM telah membuat siasatan dan berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International dan berdasarkan laporan media, Peguam Negara pada 26 Januari 2016 menjelaskan bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan. Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan Perdana Menteri menyalah gunakan kedudukannya. Manakala proses kelulusan pinjaman Lembaga KWAP dan proses kelulusan jaminan pinjaman oleh mesyuarat Jemaah Menteri pula dibuat secara teratur. Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan Perdana Menteri meminta atau dijanjikan sebarang suapan daripada sebarang pihak sebelum, semasa, atau selepas keputusan Jemaah Menteri dibuat. Pihak SPRM sendiri mengakui bahawa berdasarkan hasil siasatan mereka, tiada keterangan daripada saksi-saksi yang boleh menunjukkan bahawa perdana menteri melakukan sebarang perbuatan rasuah. Panel Penilaian Operasi SPRM juga pada 26 Februari 2016 telah meminta SPRM melengkapkan siasatan mereka.

7. Berkenaan Laporan Audit Negara berkaitan 1MDB yang diklasifikasikan sebagai Rahsia Rasmi, Ketua Audit Negara telah menjelaskan bahawa beliau sendiri yang mengklasifikasikannya sebagai Rahsia selepas berlaku kebocoran laporan interimnya. Laporan Audit ini telah diteliti oleh PAC yang terdiri daripada Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang. Dapatan daripada Laporan Audit JAN ini juga ada disebut dan dimasukkan di dalam Laporan PAC setebal 106 muka surat.

8. Husni sepatutnya lebih beretika dan berintegriti dalam hal ini. Membuat pertanyaan berkaitan Kerajaan yang pernah dianggotainya dalam penggal ini, lebih-lebih lagi yang berkaitan portfolionya sendiri sebenarnya agak janggal, tidak beretika dan berintegriti. Lebih-lebih lagi jika ada di antara pertanyaan tersebut pernah dijawab oleh Husni sendiri sebelum ini. Sebagai mantan Menteri Kewangan II dan bekas jurucakap kerajaan dalam hal 1MDB, sepatutnya dia sudah tahu serba serbi berkenaan 1MDB, lebih-lebih lagi pertanyaan yang pernah dijawabnya sebelum ini.

9. Ezam pula bagaimana? Abaikan sahaja makhluk yang sudah tiada kredibiliti kerana fantasi 6 kotak dokumen rahsia yang dijajanya selama ini