Showing posts with label 5g pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label 5g pulau pinang. Show all posts

Saturday, 15 June 2019

Pulau Pinang berhasrat jadi Negeri Pertama Menawarkan Rangkaian 5G

Pulau Pinang kini dilihat berhasrat untuk menjadi negeri pertama di Malaysia untuk memperkenalkan perkhidmatan rangkaian 5G kepada penduduknya. Buat masa ini, ujian rintis sedang dilakukan di Putrajaya dan Cyberjaya untuk rangkaian 5G, dan piawaian akhir untuknya dijangka diumumkan kerajaan pada tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Bandar dan Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang menyatakan hasrat menjadi negeri pertama memperkenalkan rangkaian telekomunikasi generasi baru berkenaan.
Menurut beliau lagi, pembangunan infrastruktur 5G di Pulau Pinang adalah pada tahap yang tinggi.
Pada hari ini, Pulau Pinang mempunyai liputan rangkaian 3G 100%, sementara rangkaian 4G pula mencapai 98.2%. Selain daripada itu, Pulau Pinang juga yang menjadi terawal menguji Terragraph secara terbuka, membolehkan penawaran internet berkelajuan tinggi pada harga lebih mampu-milik.
Sebelum ini, ia telah diperkatakan yang mana rangkaian 5G ini dijangka diperkenalkan secara rasminya untuk pengguna umum di Malaysia menjelang 2021 kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut rangkaian 5G ini di Malaysia.