Showing posts with label Abraj Supermarket. Show all posts
Showing posts with label Abraj Supermarket. Show all posts

Saturday, 27 April 2019

Dapatkan Produk Malaysia Di Abraj Supermarket, Mekah.

.Khabar dari Mekah.
Hari ini, Kedai Asia milik YM Engku Isa Alhusam berjaya membawa produk Malaysia masuk ke Abraj Supermarket di tingkat 4, Zam zam Clock Tower, Mekah. Dinamakan kawasan yang meletakkan produk Malaysia ini dengan nama ‘Kedai Asia Corner’. Rak bernombor 8.
Manakala Restoran D’saji di bangunan Safwah, bangunan bersebelahan clock tower pula berjaya menyediakan menu baru dengan kerjasama Kedai Asia iaitu set ketupat+rendang, nasi dagang dan keropok lekor. Siapa yang rindu produk Malaysia tu boleh dapatkan di dua tempat ini.