Showing posts with label Chen Man Hin. Show all posts
Showing posts with label Chen Man Hin. Show all posts

Thursday, 8 December 2016

Siapa Yang Pakai Topi Berdiri Sebelah Mahathir Di Konvensyen DAP ?


Ramai anak muda tidak kenal. Mereka yang tidak kenal ini akan terus ditipu oleh DAP yang sedang mempergunakan Mahathir sekarang. Jelas sekali kini, Mahathir adalah pengkhianat bangsa dan orang Melayu.

Ramai tertanya-tanya siapakah gerangan ‘uncle’ yang duduk bersebelahan Tun Mahathir dalam Persidangan DAP di Shah Alam semalam. Sehingga ada ada yang menggelarkannya ‘komunis baru keluar hutan’.

Nama beliau adalah Dr. Chen Man Hin. Antara pengasas PAP di Tanah Melayu dan seterusnya DAP, setelah PAP diharamkan oleh Persekutuan Tanah Melayu. Chen Man hin dilahirkan di China dan belayar ke Tanah Melayu pada usia muda, sebelum Perang Dunia Kedua.

Pada 1946, beliau belajar di King Edward VII Medical College di Singapura dan lulus pada 1952. Selepas itu bekerja sebagai pegawai perubatan / doktor di Singapura dan kemudian Hospital Seremban sehingga tahun 1956, apabila membuka klinik sendiri.

Chen Man Hin memang asal dari negara China dan merupakan antara pelopor gerakan Komunis di China. Setelah mendarat di Tanah Melayu, beliau menggerakkan parti politik berasaskan Komunis bersama Lim Kit Siang, Karpal Singh, Tan Seng Giaw (Kepong), Devan Nair (Presiden Singapore) dan beberapa orang lagi.

Chen Man Hin tidak reti bercakap bahasa Malaysia mahupun memahami bahasa Malaysia sehingga DAP terpaksa mengeluarkan kos membeli alat ‘translater’ bernilai RM20,000.00 dalam persidangan DAP semalam.

Chen Man Hin adalah anti-Melayu dan anti-Islam kerana menurutnya hanya kaum Cina yang layak menjadi kuasa terbesar di dunia. Malaysia juga tidak terkecuali kerana beliau mempunyai pandangan orang Cina lah yang membawa kemajuan kepada semua negara dalam dunia ini.

Apa guna ada lagu DAP berbahasa Melayu jika Penasihat DAP pun tidak faham bahasa Melayu? Lagu itu hanya alat propaganda sahaja untuk mendapat undi.

Mahathir yang kena tipu. DAP tetap DAP. Mereka meneruskan agenda mereka. Kini, Mahathir pula jadi kuda mereka untuk merampas kuasa di Putrajaya